Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Isu 2 Pendakwah Disekat,...

KETIKA umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia terkejut dengan tindakan Singapura menyekat...

Kayuhan MAIPs Peduli Sumbang...

KANGAR - Sebanyak 6,598 asnaf seluruh Perlis menerima sumbangan berjumlah RM3,833,400 melalui program...

Pergh Lajunya Solat Tarawih...

BULAN Ramadan penuh barakah ini kita digalakkan untuk melakukan amal ibadah sunat tanpa...

Kerajaan Tidak Iktiraf Rakyat...

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengiktiraf rakyat Malaysia yang memiliki lebih daripada satu warganegara...

Bengang Diciplak, Louis Vuitton Menang Saman RM48 Ribu

SEORANG pengusaha restoran ayam goreng di Seoul, Korea Selatan diarah membayar 14.5 juta won (RM48,027) kepada syarikat aksesori Louis Vuitton selepas menggunakan nama jenama mewah tersebut untuk restorannya.

Pemilik tersebut yang hanya dikenali sebagai Kim memberikan nama kedainya, Louis Vuiton Dak yang mana Tongdak bermaksud ‘ayam’ dalam bahasa Korea, menurut laporan media tempatan.

Selain menggunakan nama jenama tersebut, Kim turut meniru logo jenama dari Perancis itu selain mencetaknya di napkin dan kotak pembungkusan untuk pesanan bawa pulang.

Kurang senang dengan perbuatan ciplak itu, Louis Vuitton memfailkan saman pada September lalu, menyatakan imej dan nama mereka sedikit terjejas gara-gara nama kedai ayam yang digunakan Kim sama seperti mereka.


Selepas disaman pada September lalu, Kim terus menukar nama kedainya kepada ‘chaLouisvui tondak’ namun ia masih tidak memuaskan hati Louis Vuitton sehingga mereka akhirnya memenangi tuntutan saman tersebut pada hari ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori