Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Sasar Kedatangan 30.5...

MELAKA - Kerajaan menyasarkan kedatangan pelancong seramai 30.5 juta orang yang menyumbang kira-kira...

JDT Kekal Kedudukan Di...

KUALA LUMPUR – Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan kedudukan teratas Liga...

Nilai Kehidupan Perlu Dipupuk...

KUALA PILAH - Generasi muda perlu dipupuk dengan nilai-nilai kehidupan yang baik bermula...

Litrak Tawar Diskaun Tol...

KUALA LUMPUR - Pengguna Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dan Lebuhraya SPRINT masing-masing akan...

Pemuda UMNO Desak TNB Tawar Rebat Khas

22 APRIL – Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) mendesak Tenaga Nasional Berhad (TNB) menawarkan rebat khas bersifat ‘one-off’ kepada pengguna bagi setiap bulan sepanjang fenomena El-Nino yang melanda negara bagi mengurangkan beban rakyat.

Prihatin dengan masalah kenaikan harga bil elektrik pengguna, Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata TNB tidak sepatutnya melihat kantung korporat semata-mata dengan mengaut keuntungan berlebihan ekoran masalah kepanasan terik yang dideritai rakyat ketika ini.

“Keperitan rakyat yang melalui fenomena El-Nino atau pemanasan suhu permukaan laut yang melanda negara sekarang ini perlu difahami TNB kerana fenomenan ini telah mengakibatkan sebilangan sekolah ditutup di negeri-negeri Utara Semenanjung.

ipptnb“Sudah pastinya juga rakyat akan menggunakan tenaga elektrik lebih daripada biasa bagi peralatan elektrik seperti penghawa dingin, kipas mahupun peti sejuk sepanjang fenomena ini melanda negara,” kata Khairul dalam satu kenyataannya pada Jumaat.

Menurut Khairul, PPUM beranggapan tindakan rebat ini adalah adil kepada TNB dan juga rakyat.

Ini kerana sebarang cadangan penjimatan penggunaan tenaga tidak lagi sesuai ketika ini kerana masakan rakyat dapat berjimat menggunakan elektrik apabila keperluan dilihat sangat mendesak.


“Justeru PPUM juga mendesak TNB untuk segera memperhalusi segala bentuk formula dan kaedah rebat khas ini demi kepentingan rakyat seluruhnya,” katanya.

Semalam TNB dalam satu kenyataan berkata pihaknya mencatatkan permintaan tertinggi (peak demand) elektrik di Semenanjung Malaysia apabila bacaan pada 20 April lalu adalah sebanyak 17,788 MW.

Jumlah itu merupakan jumlah tertinggi dalam sejarah pernah dicatatkan TNB dengan peningkatan sebanyak 37.82% berbanding jumlah MW yang dicatatkan pada 1 Januari tahun ini iaitu 12,906 MW akibat fenomena El-Nino.

Cuaca panas terik dan kering berpanjangan sehingga ke hari ini mengakibatkan penggunaan elektrik meningkat. – www.bnbbc.my

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori