TIMBALAN Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan bahawa penemuan bom buatan sendiri di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana tiada kaitan dengan unsur keganasan.
Sebaliknya, beliau mengatakan insiden itu mempunyai kaitan dengan kegiatan jenayah, tetapi bukan keganasan.
Memetik laporan Astro Awani Zahid berkata, “Polis masih belum dapat motif pembuatan bom berkenaan tetapi dapat menghidu beberapa kesimpulan awal dan ia tiada kaitan dengan militan Daesh.
“Hal ini ada kaitan dengan kegiatan jenayah, tetapi bukan keganasan. Kepada orang awam terutamanya penduduk sekitar, saya beri jaminan bahawa pihak polis sentiasa bersiap siaga untuk memastikan keselamatan.”
Semalam, pihak polis berjaya menemui lima bom buatan sendiri hasil pemeriksaan di sebuah unit kondominium di Damansara Perdana selepas menerima satu panggilan ancaman bom.
Bom tersebut ditemui di sebuah bilik di tingkat 17 kediaman mewah terbabit. – MYNEWSHUB.CC