BAGI kebanyakan wanita, apabila membayangkan majlis perkahwinan, pastinya mereka akan memilih baju pengantin yang berwarna-warni.
Namun berbeza dengan Sophie Cachia, dari Melbourne, Australia yang memilih untuk mengenakan gaun berwarna hitam, sekali gus mengetepikan warna tradisi putih.
Bukan dia sahaja malah pengapitnya juga memakai pakaian berwarna hitam.
Dia memilih baju rekaan Anthony Montesano dari Signor Mont Couture.
Sophie yang juga seorang blogger dan ibu kepada seorang anak berkata, dia memilih warna hitam kerana ia merupakan refleksi kepada kehidupannya.
“Saya selalu memakai pakaian hitam dan saya rasa ia sesuai dengan saya,’’ katanya.
“Kami tidak melakukan ini untuk orang lain tetapi melakukannya untuk diri kami sendiri,’’ katanya.
Manakala pasangannya, Jaryd Cachia, memakai jaket berwarna merah hati dan seluar kulit.
Menurut Sophie sesiapa jua yang mengenalinya pasti tidak akan terkejut dengan pilihan warnanya itu.
“Saya tidak mahu sesuatu yang terlalu tradisional…kenapa kita perlu ikut buku,’’ katanya. – MYNEWSHUB.CC