Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Napsiah Pejuang UMNO, Tokoh...

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah...

Sheikh Mohamed Dilantik Presiden...

ABU DHABI: Putera Mahkota Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, dinamakan sebagai Presiden Emiriah...

Bekalan Telur Ayam Melebihi...

PETALING JAYA: Bekalan telur ayam dalam negara ketika ini berada pada tahap melebihi...

FIFA Kutuk Komen Maradona

PERSEKUTUAN Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengutuk komen yang dikeluarkan Diego Maradona selepas legenda bola...

Pengarah Kebajikan PAN Mengaku Sebar Maklumat Tidak Benar

KUALA LUMPUR – Seorang pemimpin Parti Amanah Negara (PAN) bertindak melampau gara-gara terlalu ghairah untuk menggambarkan kepada masyarakat kononnya rakyat Malaysia hidup dalam kedaifan di bawah pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengarah Kebajikan Pemuda PAN, Hasnul Zulkarnain bertindak melampau dengan menyebarkan maklumat tidak benar mengenai nasib sembilan beradik termasuk dua bayi kembar di Kampung Changkat Jambu Kati, Kuala Kangsar, Perak yang kematian ibu mereka pada 13 April lalu.

Beliau selepas menziarahi keluarga tersebut kelmarin memuat naik gambar dan maklumat di laman Facebooknya kononnya bekalan air di rumah keluarga berkenaan telah dipotong pihak berwajib menyebabkan bayi kembar yang baru beberapa hari dilahirkan tidak dapat mandi dan cuma ada satu botol susu di rumah tersebut.

Berikutan kecaman ramai pihak yang mengetahui situasi sebenar termasuk bantahan oleh ahli keluarga kanak-kanak terbabit ke atas maklumat yang disebarkan itu, Hasnul terpaksa memuat naik rakaman video beliau mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada keluarga berkenaan.

“Semalam (kelmarin) saya viralkan isu berkenaan kematian seorang ibu yang meninggalkan sembilan anak termasuk anak kembar yang berusia sembilan hari. Viral itu telah mendapat sebanyak 38,000 `share’. Saya ingin jelaskan bukan untuk aibkan keluarga Allahyarham tapi hanya untuk raih simpati dan berkongsi kasih kepada anak Allahyarham dengan masyarakat.


“Bagaimanapun ada `point-point’ dalam `posting’ tersebut perlu diperbetulkan. Saya memohon maaf kepada keluarga Allahyarham,” katanya menerusi satu video berdurasi empat minit yang dimuat naik dilaman facebooknya semalam.

Hasnul dipercayai memohon maaf selepas pengguna Facebook memaklumkan kepada beliau bahawa ayah kepada kanak-kanak terbabit serta Ketua Kampung Kampung Changkat Jambu Kati merangkap bapa saudara allahyarham meminta beliau memperbetulkan tindakannya menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai keadaan keluarga kanak-kanak berkenaan.

Kata pengguna Facebook terbabit:

“Beberapa isu yang diminta oleh pihak keluarga supaya diperbetulkan oleh Hasnul adalah seperti berikut:
1. Isu pampers tak tukar. Tu sebab terlalu sibuk nak daftar kematian dan urus jenazah
2. Isu ada 1 je susu botol. Memang. Sebab ada yang sudi nak beri susu badan.
3. Isu air kena potong.. TAK BETUL
4. Suami bukan kerja `driver’ lori tapi Pos Malaysia Di Kuala Lumpur.
5. Tiada anak-anak yang tak bersekolah.
6. Keluarga terdekat masih mampu untuk sara anak-anak tersebut.
7. Mereka harap hentikan sumbangan kepada akaun-akaun peribadi . Risau ada yang ambil kesempatan.
8 Siapa ada niat nak membantu tak dihalang tetapi mereka tidak seteruk apa yang diviralkan. Ada ramai saudara terdekat masih membantu.
9. Bayi baru lahir tak digalakan bersua dengan ramai orang. Risau sakit-sakit yang dibawa..
10. Tiada anak-anak yang akan diserahkan kepada orang lain”. – Mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori