Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

“Kita Belum Menang, Tetapi...

PUTRAJAYA - “Kita belum memenangi peperangan ini, namun kita juga tidak kalah.”Tampil yakin...

PAS Tak Gusar Ancaman...

KUALA LUMPUR - PAS tidak gusar dengan ancaman Gerakan Harapan Baru (GHB) yang...

Seluar Dalam Khas Untuk...

SAN FRANCISCO - Hampir setiap lelaki, terutama golongan remaja, mungkin pernah alami keadaan...

Malaysia-Singapura Bincang Isu Ruang...

SINGAPURA - Mesyuarat antara Malaysia dan Singapura dijangka menyentuh isu ruang udara Pasir...

Pengemis Di Dubai Raih Kutipan RM286,000 Sebulan

DUBAI – Pihak berkuasa majlis perbandaran Dubai menahan seorang lelaki yang dikatakan mengumpul sehingga 270,000 dirham (RM286,000) sebulan dengan mengemis.

Dalam satu kenyataan, Ketua Bahagian Pasaran majlis berkenaan, Faisal Al Badiawi, berkata, lelaki itu ditahan baru-baru ini dalam kempen pembasmian pengemis yang dilancarkan sejak tiga bulan lalu.

Seramai 59 pengemis profesional ditahan dalam kempen berkenaan dengan kerjasama pihak polis.

“Sebahagian pengemis itu memiliki pasport dengan visa perniagaan atau pelancong. Kebanyakannya memasuki negara ini secara sah dengan visa tiga bulan dan mereka menggunakannya untuk mengumpulkan sebanyak wang yang mungkin sepanjang tempoh itu,” kata Faisal.

Menurutnya, seorang daripada mereka ditahan bersama-sama wang berjumlah lebih 270,000 dirham, hanya sebulan selepas tiba di Dubai.

“Mengikut pengiraan kami, dia memperoleh hampir 9,000 dirham (RM9,500) sehari atau 1,500 dirham (RM1,590) dalam masa satu setengah jam.


Dia mengaku boleh memperoleh lebih banyak dengan mengemis di depan masjid, khususnya pada Jumaat,” kata Faisal.

Katanya, kempen itu akan dilancarkan sepanjang masa, lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadan bagi membersihkan imej negara itu. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori