Saturday, January 18, 2025

Creating liberating content

Tindakan Lebih Keras Terhadap...

BACHOK - Polis Kelantan akan mengenakan tindakan lebih keras terhadap pesalah dadah yang...

Perangai Pemandu Teksi Malaysia...

RATA-RATA pengguna yang memilih perkhidmatan Uber dan GrabCar berbanding teksi biasa ada alasan...

TERBONGKAR… Anwar Ibrahim Ke...

BENARKAH Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pergi ke...

Ibu Maut, Anak Parah...

BELURAN - Seorang wanita maut manakala anak perempuannya cedera parah apabila kereta Perodua...

Pengguna Jambatan Pulau Indah Dinasihat Guna Jalan Alternatif

PELABUHAN KLANG – Pengguna jalan raya yang mahu menggunakan Jambatan Pulau Indah dinasihat agar menggunakan jalan alternatif berikutan laluan berkenaan masih ditutup bagi operasi memadam kebakaran kabel elektrik Tenaga Nasional Bhd (TNB) di bawah jambatan itu sejak pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata kebakaran melibatkan kabel bervoltan tinggi 33 kilovolt yang terletak di tengah jambatan berkenaan.

“Laluan di kedua-dua arah di atas jambatan berkenaan ditutup kepada lalu lintas kira-kira pukul 1.45 petang tadi dan trafik dari Pulau Indah terpaksa dialihkan ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE),” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Mohd Sani, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada pukul 5.50 pagi dan mengarahkan lima anggota termasuk dua buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dan Sungai Buloh ke tempat kejadian.


Sehingga kini kerja memadam kebakaran masih berjalan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori