Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dr Mahathir Beri Keterangan...

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selesai memberi keterangan kepada...

Vaksinasi Catat Lebih 400,000...

KUALA LUMPUR - Kadar pemberian vaksin COVID-19 harian terus mencatat peningkatan memberangsangkan dengan...

Lebih 97,000 Graduan Terima...

TUARAN - Lebih 97,000 graduan menerima manfaat dan mendapat pekerjaan semenjak program Skim...

India Kecuali 6 Bulan...

NEW DELHI - Mahkamah Agung India memutuskan tempoh bertenang minimum enam bulan boleh...

Pengguna Media Sosial Perlu Beretika, Henti Sebar Fitnah

LARUT – Pengguna media sosial perlu beretika dan berhenti menyebarkan fitnah dan tohmahan termasuk terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kata Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman.

Beliau berkata terdapat pihak yang mempunyai kepentingan peribadi menggunakan media sosial secara tidak beretika bagi mencalar imej seseorang termasuk pemimpin negara.

Katanya sebagai contoh fitnah terhadap Najib berhubung sumbangan RM2.6 bilion jelas tidak benar apabila Menteri Luar Arab Saudi Adel Al-Jubeir pada Jumaat lepas mengesahkan sumbangan itu datang daripada negaranya.

“Sudah terbukti dana itu diberikan oleh Arab Saudi secara ikhlas dan pengguna media sosial perlu menghentikan tohmahan mereka terhadap perdana menteri,” katanya kepada Bernama selepas majlis penutupan Program Pewaris Muda peringkat negeri Perak di Lata Sempeneh, Batu Kurau dekat sini hari ini.

Mengenai program Pewaris Muda yang diadakan sejak Jumaat lepas, Ibrahim berkata ia merupakan platform bagi memberi kesedaran kepada masyarakat tentang fitnah disebarkan menerusi media sosial dan mereka perlu mengesahkan kesahihan maklumat yang diterima.


“Menerusi program ini juga kita mahu masyarakat berkongsi maklumat secara bersemuka selain dapat menyatupadukan perpaduan antara kaum,” katanya.

Ibrahim berkata melalui program itu, generasi Y didedahkan dengan pelbagai pendekatan untuk memberi khidmat kepada masyarakat selain menjelaskan tentang dasar-dasar kerajaan.

“Selain itu, melalui pendekatan Pewaris Muda yang dilaksanakan di setiap negeri, kita dapat mewujudkan masyarakat bermaklumat serta mempunyai semangat jati diri,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori