Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PlayStation VR Akan Dijual...

SONY PLAYSTATION VR akan mula dijual bermula bulan Oktober ini pada harga lebih rendah...

Melaka Tetap Sokong TMJ...

PETALING JAYA - Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) Tunku Ismail...

Dewan Rakyat Lulus Rang...

KUALA LUMPUR - Malaysia hari ini mencatat sejarah tersendiri apabila Dewan Rakyat meluluskan...

PKR Sahkan ADUN Inanam...

KUALA LUMPUR - PKR lewat Khamis membuat pengakuan kepada umum bahawa ADUN parti tersebut...

Peniaga Pasar Tani Kekal Diminta Tidak Jual Hasil Pertanian Thailand

KANGAR – Peniaga pasar tani kekal Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di negeri ini diminta untuk tidak menjual hasil pertanian yang dibawa masuk dari Thailand.

Pengerusinya Tan Sri Badruddin Amiruldin berkata perkara itu perlu diambil perhatian dalam usaha membantu para petani tempatan menjana pendapatan melalui hasil pertanian yang diusahakan sendiri oleh mereka.

“Saya nasihatkan dan amat berharap supaya jangan ada yang menjual buah-buahan dari luar negara terutamanya dari Thailand, seharusnya kita menyokong dan mempromosi barangan tempatan dengan menjual hanya produk-produk dalam negara.

Saya juga menyeru agar lebih ramai petani tampil mendaftar dengan Ladang Kontrak FAMA kerana melalui konsep ini, hasil pertanian akan dipasarkan terus melalui FAMA tanpa melalui orang tengah,” katanya selepas melawat projek pasar tani kekal Simpang Empat di sini, hari ini.

Badruddin berkata tujuan kontrak pemasaran di bawah Program Ladang Kontrak itu diwujudkan adalah untuk menyediakan ruang pasaran yang terjamin kepada petani atau individu yang terlibat mengusahakan hasil pertanian.

“Walaupun petani tanam dua ekar, hasil tanaman boleh jual terus kepada FAMA dan FAMA akan ikut harga pasaran. Jika harga siling merudum, kita akan bagi harga lantai untuk tampung balik kos pengeluaran petani, jadi petani tak akan rugi,” katanya.


Projek tapak pasar tani kekal berkenaan yang mula dibangunkan pada awal Februari tahun ini akan siap lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan iaitu pada Ogos depan, katanya.

“Julai ini kita akan serahkan kepada FAMA Perlis untuk mulakan operasi di atas tanah seluas 0.32 hektar dan ini merupakan satu-satunya pasar tani kekal yang ada di Perlis.

Setakat ini sebanyak 70 peserta yang telah berdaftar dan pasar tani kekal yang mampu menempatkan sehingga 100 outlet usahawan setempat,” katanya.

Pasar tani kekal itu nanti akan beroperasi setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12 tengah malam di kawasan berbumbung, memberi tumpuan kepada produk segar dan berkualiti pada harga berpatutan, katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori