Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Politik Game Plan Tun...

ORANG yang merasakan dirinya paling tidak selamat sekarang ini ialah Tun Mahathir. Beliau...

Ingatkan Robot Takda Masalah,...

SEMAKIN banyak pengusaha restoran di China yangƃā€šĆ‚Ā menggunakan robot sebagai pekerja atau pelayan di...

Mat Rempit Maut Ketika...

IPOH - Seorang remaja lelaki dipercayai mat rempit maut selepas motosikal yang ditunggangnya...

Aset ATM Seiring Perkembangan...

PORT DICKSON - Pemodenan dan pembangunan aset serta kelengkapan tentera darat dilakukan seiring...

Perhilitan Kelantan Pindah Gajah Liar Di Jeli

JELI – Jabatan Perlidungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan hari ini memindahkan seekor gajah jantan liar selepas ia merosakkan kebun penduduk di Kampung Salor di sini, sejak seminggu lepas.

Pengarah Perhilitan Kelantan Mohammad Khairi Ahmad berkata operasi pemindahan gajah seberat tiga tan itu dilaksanakan pihaknya dengan bantuan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Pahang.

“Kita turut menggunakan dua gajah betina dikenali sebagai Rambai dan Kala yang bertindak sebagai denak bagi menjinakkan gajah liar tersebut.

“Gajah itu akan dihantar ke Taman Negara Tasik Kenyir, Terengganu selepas ini,” katanya kepada pemberita selepas operasi pemindahan itu selesai di sini, hari ini.

Mohammad Khairi berkata seramai 16 anggota termasuk enam daripada Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan terlibat dalam operasi itu yang bermula kira-kira 8 pagi dan berakhir pada 1 tengah hari semalam.


Beliau berkata pihaknya menerima aduan daripada penduduk pada 12 April lepas dan melakukan siasatan pada keesokannya sebelum memasang perangkap bagi menangkap haiwan berkenaan.

“Difahamkan terdapat tiga gajah yang berkeliaran di kawasan itu. Setakat ini kita berjaya menahan seekor gajah jantan dan akan meneruskan operasi memburu dua lagi gajah yang masih berkeliaran. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori