Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Razali Calon Tunggal BERSATU...

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menjadi calon...

Paus Ditemui Mati Merupakan...

BATU PAHAT - Paus yang ditemui mati di muara Sungai Sarang Buaya, Semerah...

Tiada Rakyat Malaysia Dijangkiti...

PUTRAJAYA - Tiada rakyat Malaysia yang didapati positif jangkitan virus Rabies atau penyakit...

APMM Terengganu Rampas 2...

KUALA TERENGGANU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan dua bot nelayan...

Batal Kahwin Kerana Penyanyi Diundang Tidak Dapat Hadir

JIKA di Malaysia baru-baru ini kita digemparkan dengan kisah perkahwinan terbatal hanya kerana wang hantaran tidak mencukupi sehingga menjadi viral di laman sosial semenjak akhir-akhir ini.

Lain pula ceritanya di Riyadh, Arab Saudi. Seorang lelaki tempatan membatalkan majlis perkahwinannya beberapa jam sebelum majlis tersebut berlangsung.

Menurut laporan dari Emirates 247.com, kejadian yang viral di laman media sosial itu berpunca daripada bakal emak mertuanya yang tiba-tiba sahaja membatalkan perkahwinan itu.

Ini kerana penyanyi terkenal yang diupah untuk membuat persembahan ketika majlis itu dikatakan tidak dapat menghadirkan diri akibat masalah hujan lebat.

Emak kepada pengantin perempuan ini enggan mengahwinkan anaknya tanpa kehadiran penyanyi terkenal itu serta meminta pihak pengantin lelaki untuk menetapkan semula tarikh perkahwinan.


Namun ditolak oleh pengantin lelaki kerana dia terpaksa membayar semua kos perbelanjaan meliputi dewan perkahwinan dan beberapa kos yang lain.

Demi untuk menyelamatkan masa depan pengantin lelaki itu, pak ciknya bertindak menawarkan untuk mengahwini anaknya iaitu sepupu pengantin lelaki itu.

Menurut sumber itu lagi, wanita berkenaan menerima lelaki tersebut sebagai pengganti suaminya dan perkahwinan pada malam itu tetap diteruskan juga.

Rata-rata netizen di media sosial ‘membahan’ pengantin perempuan dan emaknya atas alasan yang tidak munasabah terutama setelah semua persediaan dan perbelanjaan telah dilakukan oleh pihak lelaki. –MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori