SEPANG – Perkhidmatan aerotren Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan beroperasi seperti biasa hari ini, kata pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Operasi perkhidmatan itu terhenti pada Jumaat malam berikutan kerja penyelenggaraan.
MAHB dalam laman Facebooknya berkata kedua-dua aerotren di KLIA itu sudah beroperasi seperti biasa hari ini.
“Bagaimanapun, satu daripada tren itu menjalani penyelenggaraan harian sehingga tengah hari ini,” katanya.
Perkhidmatan aerotren digunakan untuk mengangkut penumpang pesawat daripada bangunan terminal ke bangunan satelit. – BERNAMA