Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Hijab Pegawai Polis NZ...

CHRISTCHURCH - Buat pertama kalinya selepas serangan pengganas di masjid di Christchurch, kelibat...

Tahun Baharu Cina: Lawatan...

KUALA LUMPUR - Jabatan Penjara Malaysia menetapkan 30 dan 31 Jan ini untuk...

Sekolah Pondok Diminta Beri...

BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hari...

Messi Cipta Sejarah Pemain...

ZURICH - Bintang skuad Barcelona, Lionel Messi dinobat sebagai pemain terbaik di dunia...

Perkhidmatan Tren Rapid KL Beroperasi Awal Pada Ahad

KUALA LUMPUR – Sempena “Nike We Run KL Marathon” 2016 Ahad ini (10 April), perkhidmatan LRT dan monorel akan beroperasi awal mulai 3.30 pagi dengan menyediakan perkhidmatan percuma kepada pegawai dan peserta sehingga pukul 6 pagi.

Jurucakap Rapid Rail Sdn Bhd Lim Jin Aun berkata semua perkhidmatan rel yang dikendalikan oleh Rapid KL termasuk KL Monorail, LRT Jajaran Kelana Jaya, LRT Jajaran Ampang, LRT Jajaran Sri Petaling dan stesen-stesen baharu akan beroperasi awal bagi menyediakan perkhidmatan percuma dengan kekerapan 10 minit.

“Pegawai dan peserta juga boleh menikmati parkir percuma di Kompleks Parkir Bertingkat Stesen LRT Gombak dan Stesen LRT Ampang dengan syarat mereka perlu meninggalkan kemudahan itu sebelum 10 pagi,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Lim menggesa peminat dan penyokong supaya menggunakan perkhidmatan tren bagi memastikan perjalanan yang lancar. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori