Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Tiga Lagi Padang Ragut...

IPOH - Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak merancang untuk membuka tiga lagi padang...

Indonesia Enggan Dedah Laporan...

Pihak berkuasa Indonesia tidak akan mendedahkan laporan awal tragedi nahas pesawat AirAsia Indonesia...

iBed Tablet Stand, Rekaan...

PERKEMBANGAN arus teknologi kini semakin membuatkan manusia lebih cenderung untuk menjadi lebih pasif...

Mahathir Seperti Hilang Arah,...

PERDANA Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad seperti hilang arah sejak kebelakangan ini dan...

Peru Bagi Kondom Percuma Untuk Halang Penularan Virus Zika

PELANCONG dan penduduk Peru yang baharu sahaja tiba di negara itu menggunakan pengangkutan udara akan dibekalkan dengan kondom secara percuma bagi menyekat penularan virus Zika di negara tersebut.

Kondom itu akan diberi kepada individu yang baharu sahaja pulang daripada melawat negara yang terjejas dengan wabak terbabit.

Sebelum ini terdapat satu kes dilaporkan di Lima di mana seorang wanita berusia 32 tahun telah dijangkiti virus tersebut selepas mengadakan hubungan seks dengan pasangannya yang baharu sahaja pulang dari Venezuela.

Venezuela merupakan di antara negara yang terjejas teruk akibat penularan Zika.

Virus Zika banyak menyerang negara-negara di Amerika Latin yang mana menjejaskan kandungan ibu mengandung.

Ia disebarkan menerusi nyamuk namun ada juga kes berjangkit daripada hubungan seksual.

“Itulah pentingnya menggunakan kondom ketika mengadakan hubungan seks, terutama ketika wanita itu sedang mengandung kerana mereka berisiko tinggi berjangkit dengan virus tersebut,” kata Timbalan Menteri Kesihatan Peru, Percy Minaya.


Percy turut hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Lima ketika upacara penyerahan kondom dan risalah maklumat virus Zika di lokasi tersebut baru-baru ini.

Kementerian itu juga berhasrat untuk menyampaikan kondom percuma kepada semua lapangan terbang yang ada di negara tersebut termasuk sempadan negara itu juga.

Kes yang dicatatkan rakyat Peru semuanya dijangkiti selepas pulang dari Brazil dan Venezuela atas tujuan kerja mahupun bercuti. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori