Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Kelibat Wanita Bogel Kejutkan...

KELIBAT seorang wanita yang telanjang di terminal dalam Lapangan Terbang Hartsfield-Jackson di Atlanta...

Polis Pahang Tahan 11,560...

KUANTAN - Sebanyak 11,560 orang ditahan atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah di Pahang...

Benarkah Harga Nissan Note...

SEJAK beberapa minggu lalu, tersebar beberapa gambar berkenaan spesifikasi dah harga terbaru Nissan...

Tolak Tindakan Bersekongkol Dengan...

KOTA KINABALU - Perpaduan dalam kalangan anggota UMNO masih kukuh walaupun ada usaha...

Pesara Saman Diarah Tukar Kerusi Yahudi Ortodok Benci Wanita

TEL AVIV – Seorang bekas peguam wanita Yahudi yang pernah melarikan diri daripada kekejaman tentera Nazi ketika masih kecil dahulu terpaksa menyaman syarikat penerbangan kebangsaan Israel sendiri, El Al.

Tuntutan aneh tersebut dikemukakan setelah Renee Rabinowitz, 81; diarah untuk berpindah tempat duduk kerana kebetulan seorang Yahudi Ortodok amat keberatan duduk bersebelahan dengan seorang perempuan.

Langkah dia turut disokong Pusat Tindakan Beragama Israel (IRAC) yang berkempen melawan kelompok Yahudi Ortodok menerapkan pemisahan lelaki dan wanita serta  gambar perempuan dari ruang-ruang publik.

“Tiada masalah pada diri saya selain gender, dan itu nyata merupakan diskriminasi. Ini sama sahaja dengan kes orang mengatakan ‘Saya tidak mahu duduk di sebelah orang Yahudi’,” ujar Renee kepada media tempatan.

Dia berasa terkejut apabila pramugari El Al mahu memindahkan penumpang wanita hanya dengan alasan dangkal seperti itu ketika rejim Israel pula mendakwa mereka konon menghormati kebebasan pelbagai jantina.

Peristiwa ini terjadi pada 2 Disember tahun lalu. Ketika itu, Renee sudah duduk di kelas bisnes El Al dalam penerbangan dari New York, Amerika Syarikat (AS) menuju Tel Aviv setelah mengunjungi keluarganya di AS.

Tidak lama setelah pintu pesawat ditutup, seorang penumpang duduk di samping Renee, di kerusi dekat tingkap dan dia adalah seorang lelaki berusia separuh umur yang mengenakan pakaian khas Yahudi Ortodok.

renee
Renee Rabinowitz

Lelaki warak tersebut lalu memanggil kru kabin dan berbicara dalam bahasa Hebrew. Renee mengatakan, pramugari El Al kemudian menawarkan tempat baharu iaitu di deretan tengah berdekatan kabin kelas satu.

“Saya tidak mengerti kerana kerusi baharu yang ditawarkan itu pula juga malah tidak lebih baik berbanding keadaan tempat duduk asal saya,” tambah Renee yang pada awalnya berkeras menolak arahan itu.

Bagaimanapun kerana terus dipaksa berkali-kali sehingga semua penumpang melihat dirinya sebagai bermasalah dan pesawat itu juga akan segera berlepas dari landasan, wanita malang ini tidak memiliki pilihan lain.

“Saya bertanya kepada kru kabin apakah lelaki Yahudi warak yang duduk di sebelah saya meminta pemindahan secara paksa ini dan dia mengesahkan memang perkara tersebut,” jelas Renee dengan nada amat kecewa.

“Saya kemudian kembali kepada lelaki tersebut semula dan menyatakan bahawa saya sudah berusia 81 tahun bahkan tidak lagi mempunyai sebarang rangsangan nafsu syahwat, jadi apa masalah dia?” soal Renee.


Lelaki itu kemudian menyatakan, konon bahawa duduk di sebelah perempuan amat dilarang keras menerusi kitab suci Taurat tetapi Renee bertegas bahawa Taurat tidak pernah pun melarang hal pemisahan tersebut.

“Dia mengakui hujah rasional saya, tetapi dia melanjutkan bahawa ada sebuah prinsip umum menyatakan seseorang harus menghindarkan dirinya daripada ancaman bahaya dan dosa maksiat,” tambah Renee.

Sebuah pesawat El Al. - Gambar hiasan
Sebuah pesawat El Al. – Gambar hiasan

Setelah dia selamat tiba di lapangan terbang antarabangsa Ben Gurion Tel Aviv, wanita ini bergegas mengadukan secara rasmi masalah diskriminasi jantina tersebut kepada kapten pesawat penerbangan berkenaan.

“Malangnya juruterbang beri alasan bodoh, isu tersebut bukan ditetapkan oleh staf namun memang termaktub dalam polisi mana-mana syarikat Israel sendiri,” ujar Renee sambil menirukan ucapan kapten pilot itu.

Akhirnya, Renee yang didukung oleh pihak IRAC sendiri tampil mengemukakan tuntutan saman sivil terhadap El Al dan meminta ganti rugi teladan sebanyak 49,400 sheqel Israel (kira-kira RM50,950).

Selain itu, Renee juga mendesak pihak pengurusan El Al agar membuat satu garis panduan standard bagi rujukan staf kabin mereka ketika menghadapi masalah kerenah penumpang semacam ini pada masa depan.

Menanggapi masalah ini, jurucakap El Al kemudian segera memberi maklum balas berhubung tindakan sivil oleh Renee dan menegaskan bahawa pihaknya konon tiada diskriminasi gender dalam semua penerbangan El Al.

Renee juga sebenarnya tidak dipaksa untuk berpindah tempat duduk, namun sebagai bentuk niat baik, El Al menawarkan baucar penerbangan bernilai 755 sheqel Israel (RM778) untuk perjalanan dia yang berikutnya.

“Wang bukan hal utama di sini, hal terpenting bagi saya dalam isu ini adalah prinsip,” tambah Renee yang kesal cuba dirasuah pula oleh syarikat udara tersebut bagi menutup kes berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Baca: Dana Israel RM1 Bilion – DAP Takut Saman Fitnah

Juga: Nik Aziz Pernah Kecam Anwar Iktiraf Israel – PAS

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori