Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pesawat Meletup Ketika Berlepas...

MANILA - Sebuah pesawat dalam misi pemindahan perubatan ke Jepun, meletup ketika mahu...

FAM Jangan Basa-Basi: Berkongres...

DRAMA swasta terbaik sejak tiga dekad lalu sering dihasilkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)...

Alyah Selesa Asingkan Kerjaya...

SEJAK berkahwin empat tahun lalu, Datin Alyah dan suaminya, komposer Datuk Ramli MS...

Hukuman Penjara Untuk Pemburu...

Jakarta - Kerajaan Indonesia merancang menaikkan jumlah hukuman penjara terhadap kesalahan berkaitan pemburu...

Pesawah Rayu Kerajaan Salur Bantuan Sara Hidup

TAIPING – Pesawah padi di kawasan Semanggol dan Selinsing dekat Kerian merayu agar Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyalurkan bantuan sara hidup kepada mereka memandangkan penanaman padi tidak dilakukan akibat kekurangan bekalan air di Empangan Tasik Bukit Merah.

Pengerusi Pertubuhan Peladang Negeri (PPN) Datuk Seri Dr Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar berkata apabila padi tidak dapat ditanam ia akan menjejaskan pendapatan pesawah kerana mereka bergantung kepada hasil tanaman itu untuk menyara hidup.

Beliau berkata selain itu, pesawah juga terpaksa menanggung kerugian kerana mereka telah membelanjakan sebanyak RM800 bagi setiap 0.5 hektar untuk upah membajak sawah pada musim ini.

“Kos membajak sawah sahaja mencecah RM8 juta bagi sawah seluas lebih 4,000 hektar di dua kawasan itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Sehubungan itu, beliau berharap kementerian dapat membantu meringankan beban pesawah memandangkan bulan Ramadan akan tiba tidak lama lagi.


Baru-baru ini, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata kira-kira 4,697 hektar sawah padi di Selinsing dan Semanggol mungkin mengalami kelewatan menanam padi, jika bekalan air di Empangan Bukit Merah berkurangan.

Katanya, ini berikutan fenomena El Nino yang menyebabkan air di empangan itu surut dan tidak dapat dibekalkan kepada sawah padi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori