Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mohd Amar Seru Anggota...

KOTA BHARU - Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah hari ini...

Syarikat Judi Taja Lawatan...

PUTRAJAYA - Syarikat perjudian, Da Ma Cai yang menaja rombongan lawatan kerja diketuai...

48 Pelajar Keracunan Selepas...

ALOR SETAR - Empat puluh lapan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Che Tom di...

Tahun Ini Sangat Mencabar...

KUALA LUMPUR - Khazanah Nasional Bhd., dalam tahun penuh pertama di bawah mandat...

Pesawat Langgar Dron Ketika Mendarat Di Heathrow

LONDON – Pesawat British Airways melanggar objek dipercayai dron ketika cuba mendarat di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di Eropah.

Siasatan dilancarkan berhubung kejadian itu, yang menyusul beberapa kes hampir berlanggar membabitkan dron dan dipercayai kes pertama pertembungan itu di Britain.

Pesawat itu, Airbus A320 dengan 132 penumpang dan lima kru, cuba untuk mendarat di Heathrow ketika kejadian berlaku.

“Juruterbang dalam penerbangan untuk mendarat di Lapangan Terbang Heathrow dari Geneva melaporkan kepada polis beliau percaya dron melanggar pesawat itu.

“Ia mendarat di Terminal Lima dengan selamat.

“Objek itu, dipercayai dron, melanggar bahagian depan pesawat,” kata jurucakap Polis Metropolitan London.


Jurucakap syarikat penerbangan berkata, pesawat itu diperiksa selepas mendarat dan dibenarkan meneruskan penerbangan seterusnya.

“Keselamatan adalah keutamaan kami dan kami akan memberikan segala bantuan kepada polis,” kata jurucakapnya Agensi keselamatan udara, Lembaga Airprox United Kingdom, berkata bulan lalu ada 23 kejadian hampir terlanggar antara dron dan pesawat dalam masa enam bulan antara April dan Oktober tahun lalu. – AFP/BH ONLINE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori