Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Didie Alias Bengang Sikap...

PELAKON, pelawak dan pengacara, Didie Alias baru-baru ini meluahkan rasa bengangnya terhadap sikap...

Iphone Tak Laku, Pemilik...

SEBUAH kedai menjual telefon pintar dan aksesori telefon di Tbilisi, Georgia, mempunyai strategi...

Tukang Azan Mengamuk, Bunuh...

KEDIRI : Seorang lelaki menikam 10 orang termasuk ahli keluarga dan jiran menggunakan...

Gosip Anita Bercerai Palsu,...

Bukan pertama kali diperkatakan, gosip tentang rumahtangga diva sensasi, Anita Sarawak pernah beberapa...

PETA Minta Prada Henti ‘Bunuh’ Burung Unta

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Hak Asasi Haiwan (PETA) Asia menggesa jenama mewah terkemuka dunia, Prada agar segera menghentikan penghasilan beg yang menggunakan kulit burung unta sebagai bahan utamanya.

PETA yang memperjuangkan motto ‘haiwan bukan pakaian’ baru-baru ini mendedahkan rahsia mengenai industri penyembelihan burung unta, di mana anak-anak burung unta yang masih kecil dikurung di dalam kandang yang kotor sebelum dihantar ke rumah-rumah penyembelihan.

Menurut aktivis PETA yang juga ahli kempen menentang kekejaman terhadap burung unta, Laura Weyman-Jones: “Burung-burung unta yang berusia setahun ini diterbalikkan untuk dipengsankan sebelum disembelih di tekak mereka dan dicabut bulu bagi menghasilkan tekstur berbonggol pada beg-beg tangan dan sofa-sofa di butik-butik Prada”.

peta2
Aktivis PETA, Laura Weyman-Jones.

“Kami mengharapkan mereka (Prada) menghentikan penghasilan produk yang menggunakan kulit binatang. Ia bukanlah sesuatu yang eksotik mahupun sesuatu yang mewah yang boleh dibanggakan apabila ada binatang yang dibunuh untuk menghasilkan produk mereka,” katanya ketika ditemui pada demostrasi menghalang penggunaan burung unta yang diadakan di hadapan butik Prada Pavilion, di sini hari ini.

Seramai empat orang aktivis mengadakan demostrasi sambil memegang sepanduk meminta kekejaman terhadap burung unta dihentikan selain mereka turut membawa beberapa replika burung unta bagi menyampaikan pesanan tersebut.

Bagi menghalang perkara tersebut daripada berleluasa, PETA mengharapkan peminat beg jenama mewah itu tidak lagi membeli sebarang produk yang dihasilkan dengan menggunakan kulit haiwan sebenar.

“Untuk pelanggan pula mereka boleh menyokong kempen ini dengan tidak membeli produk yang terbukti melalui labelnya mengandungi kulit binatang sebenar dan menerusi cara ini mereka secara tidak langsung menyokong kempen bebas kekejaman terhadap haiwan.

“Terdapat banyak alternatif lain yang mereka (Prada) boleh gunakan untuk hasilkan produk mereka sebagai contoh kulit tiruan (vegan leather). Tiada sebarang alasan untuk mereka menggunakan kulit binatang untuk barangan mereka seperti beg, tali pinggang dan jam,” ujarnya lagi.


Dalam demo tersebut, berlaku sedikit ‘kekecohan’ apabila para aktivis diminta mengalihkan replika mereka berjauhan sedikit daripada butik tersebut oleh pihak pengurusan pusat membeli-belah terbabit.

Namun, secara keseluruhannya demo itu berjalan secara aman di mana terdapat beberapa sepanduk yang ditulis dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Mandarin seperti ‘Hentikan Jualan Kejam Kulit Burung Unta’, ‘Prada: Accessories To Murder’ dan ‘Bag the Cruel Ostrich Leather‘. – MYNEWSHUB.CC

peta3

peta4

peta1

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori