KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengeluarkan sebanyak 28,000 keping tiket untuk perlawanan separuh akhir pertama Piala FA 2016 di antara Kedah dan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 16 April ini.
KFA dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 5,000 daripada tiket itu yang dijual secara dalam talian (online) telah pun habis dijual semalam.
“Sebanyak 3,000 tiket pula kuota tempahan ahli gabungan dan persatuan. 20,000 keping tiket mula dijual bermula pukul 10 pagi pada 16 April.
“Harga tiket terbuka RM10, berbumbung RM16, astaka utama RM22 dan kanak-kanak berusia tujug tahun kebawah tidak dikenakan tiket,” kata kenyataan itu hari ini.
KFA dalam pada itu berkata, penyokong Kedah berpeluang mendapat pas masuk perlawanan Kedah menentang JDT secara percuma jika menderma darah pada Sabtu ini di perkarangan Stadium Darul Aman.
Menurut KFA, pas percuma itu bagaimana adalah terhad maka penyokong Kedah yang terawal menderma darah akan mendapat pas percuma berkenaan. – mynewshub.cc