Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Zizan Razak Buka Kedai...

WALAUPUN dirinya terpalit dengan pelbagai cerita kontroversi, itu tidak menghalang pelawak terkenal, Zizan...

“Hanya Nelayan Tulen Diberi...

KUALA TERENGGANU - Proses pemutihan terhadap penerima Elaun Sara Hidup (ESH) nelayan kini...

Ajaran ‘Sahadah Ilah’ Bertentangan...

NILAI - Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan membuat keputusan baru-baru ini bahawa ajaran 'Sahadah...

Kakak Hello Kitty Jual...

JIKA dulu pernah tular kerana baju raya Hello Kittynya, sekarang kakak Hello Kitty...

Pinjaman Mudah Bukti Keprihatinan Kerajaan Bantu Proton

TUMPAT – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri berharap pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion yang diberikan kerajaan kepada Proton Holding Berhad (Proton) akan dapat menyelesaikan masalah aliran tunai syarikat tersebut.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, pemberian pinjaman mudah itu menggambarkan keprihatinan kerajaan untuk membantu syarikat tersebut walaupun pelbagai tomahan dilemparkan pihak tertentu kepada kerajaan.

“Realitinya kerajaan tahu industri ini penting dan strategik, syarikat ini menghadapi masalah dan cabaran, dan kerajaan membuat keputusan untuk membantu, kita harap ia dapat memperbaiki aliran wang tunainya, khususnya untuk membayar vendor pembekal komponen Proton,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Tumpat di sini, hari ini.

Semalam, Mustapa mengumumkan kerajaan meluluskan permohonan Proton untuk mendapatkan pinjaman mudah berjumlah RM1.5 bilion dalam usaha pemulihan perniagaan syarikat automotif negara itu.

Beliau berkata sebahagian besar daripada pinjaman itu adalah untuk membolehkan pengeluar kereta nasional tersebut membuat pembayaran kepada vendor yang membekalkan komponen kepadanya.

Mustapa berkata kerajaan mengetahui sekiranya Proton tidak dibantu, ia bukan sahaja menjejaskan kira-kira 12,000 pekerjanya dan 50,000 pekerja yang bekerja dengan syarikat vendor pembekal komponen malah akan memberi kesan kepada lebih ramai lagi dalam rantaian perniagaan tersebut di seluruh negara.


Beliau berkata, minggu depan, pihak kerajaan akan bertemu dengan pihak pengurusan tertinggi Proton, antara tujuannya untuk merangka pelan tindakan pemulihan perniagaan syarikat tersebut.

Sebuah pasukan petugas diterajui Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Datuk Seri Idris Jala akan ditubuhkan bagi memastikan kejayaan pelan tersebut.

Mustapa berkata, dalam perniagaan ada “turun naik” yang disebabkan oleh pelbagai faktor, termasuk dipengaruhi kelembapan ekonomi dunia, dan Proton tidak terlepas daripada menghadapi masalah yang memerlukan bantuan daripada kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori