Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

4 Suspek ‘Macau Scam’...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia menahan empat suspek sindiket 'Macau Scam' dan...

Pemandu Teksi Didakwa Tunjuk...

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu teksi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Pencari Kerja Jangan Pilih...

TAWAU - Golongan pencari kerja di Sabah dinasihatkan agar tidak memilih pekerjaan dalam...

4 Gadis Berhijab Memukau...

ASIA'S Got Talent adalah sebuah pentas yang mengetengahkan bakat luar biasa dalam kalangan...

PKR-DAP Tikam Sesama Sendiri Perjanjian Kerusi PRN Sarawak

KUCHING – Perjanjian Pakatan Harapan yang dimeterai 9 Januari lalu antara DAP dan PKR (serta PAN) kini boleh diumpamakan hanya tinggal ‘janji manis’ pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-11 pada kali ini.

Mereka belum lagi memerintah Malaysia tetapi perbalahan kedua-dua parti tersebut mengenai pengagihan kerusi masih berterusan dan akhirnya gagal disembunyikan lagi ketika hari penamaan calon PRN ke-11 pada Isnin.

Untuk PRN kali ini bakal menyaksikan pertembungan sesama sendiri dua parti komponen Pakatan Harapan tersebut iaitu DAP dan PKR di enam kerusi: Mambong, Simanggang, Murum, Mulu, Ngemah dan Batu Kitang.

Walhal jika baca Fasal 5: Perjalanan Pilihan Raya menerusi perjanjian itu jelas menyatakan: “Pakatan Harapan meletak satu calon sahaja mewakili Pakatan Harapan dalam sesuatu pilihan raya di mana-mana peringkat.”

Perjanjian Pakatan Harapan
Perjanjian Pakatan Harapan

Itu adalah Perjanjian Pakatan Harapan yang ditandatangani sendiri secara rasmi oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu lebih tiga bulan lalu.

Bahkan ada lagi perjanjian bertulis ditandatangani Guan Eng dengan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali sebelum ini, bersetuju secara prinsip membenarkan PKR bertanding di Batu Kitang, Marudi, Machan, Layar dan Belaga.

Manakala DAP pula sebagai balasan atas pengorbanan PKR itu akan mendapat kerusi untuk diletakkan calon mereka bertanding di Senadin, Mulu, Tasik Biru, Simanggang, Mambong, Bukit Semuja, Ngemah dan Murum.

Namun, DAP dikatakan telah melanggar perjanjian terbabit apabila parti berkenaan turut meletakkan calon mereka sendiri di kerusi yang diperuntukkan kepada PKR menyebabkan berlaku pertindihan di beberapa kerusi.

DAP-PKR


Nyata sekali perbalahan antara DAP dan PKR untuk mencapai kata sepakat dalam isu mudah iaitu pengagihan kerusi jelas menyerlahkan sikap pentingkan diri sesama mereka sendiri tanpa memikirkan pecahan undi rakyat.

Sehingga kini, Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen menyelar tindakan PKR sebagai tidak bermaruah dan tidak menetapi janji menyebabkan DAP konon terpaksa ambil keputusan drastik meletak calon di beberapa kerusi.

Bagaimanakan Pakatan Harapan hendak mentadbir negeri ini dan membantu masalah rakyat sedangkan masalah dalaman mereka itu sendiri pun jelas menampakkan ego masing-masing tanpa sebarang kerjasama yang kuat?

Justeru, adalah lebih baik dikuburkan sahaja Pakatan Harapan jika kedua-duanya itu sanggup menyerang sesama sendiri dalam isu sekecil ini dan memberikan mandat besar kepada Barisan Nasional. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Pesta ‘Tikam-Menikam’ Sesama Pembangkang

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori