Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Ribuan Rakyat Rai Keputeraan...

TOKYO - Ribuan rakyat jelata membanjiri perkarangan Istana DiRaja di Jepun hari ini untuk meraikan hari...

Pengundi Malaysia Tak Setuju...

SHAH ALAM - Kajian Merdeka Center mendapati pengundi di negara ini tidak bersetuju...

Kenapa Mujahid Kecut Nak...

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum...

Sebab Anwar Beri Keterangan...

PUTRAJAYA -- Peguam utama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Gopal Sri Ram,...

Polis Hubung Interpol Mengenai Penahanan Keldai Dadah Warga Malaysia

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menyiasat dakwaan berhubung laporan penahanan 10 keldai dadah warga Malaysia yang ditahan di beberapa buah negara.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pihaknya akan menghubungi Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengesahkan perkara tersebut.

“Laporan itu belum dapat disahkan…kami masih berhubung dengan rakan Interpol kami,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Isnin malam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai laporan sebuah stesen televisyen tempatan malam ini mengenai penahanan 10 rakyat Malaysia yang dipercayai menjadi mangsa keldai dadah di luar negara.

Dua daripada mereka masing-masing ditahan di China dan Kanada, manakala tiga lagi dikatakan memohon perlindungan di Kedutaan Besar Malaysia di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) setelah berjaya melarikan diri.


Laporan itu menyebut ketiga-tiga mereka dibawa pulang ke tanah air pagi tadi dan mereka dipercayai menggunakan pasport yang dibuat pada hari sama iaitu pada 21 Mac lalu.

Sementara itu, nasib lima lagi rakyat Malaysia yang dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa itu masih belum diketahui.

Berdasarkan maklumat diperolehi, kesemua mereka berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 30 Mac lalu ke beberapa negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori