Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Usah Rasa Selesa, Pandang...

MELAKA - Pemain tengah skuad Harimau Selatan, Safiq Rahim meminta rakan sepasukan tidak...

Pegawai Imigresen Didakwa 10...

SEREMBAN - Seorang pegawai imigresen didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa...

Operasi Pembenihan Awam Hasilkan...

KUALA LUMPUR - Operasi Pembenihan Awan (OPA) yang dijalankan di beberapa lokasi semalam,...

Pelajar Tak Tidur Malam...

KUALA LUMPUR - Bimbang tidak boleh bangun awal pagi untuk menyaksikan majllis pelancaran...

Polis Sabah Sahkan 4 Rakyat Malaysia Diculik Di Perairan Ligitan

KOTA KINABALU – Polis Sabah mengesahkan empat rakyat Malaysia diculik oleh lapan lelaki bersenjata di perairan Ligitan, kira-kira pukul 6.15 petang pada Jumaat.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Abdul Rashid Harun berkata empat rakyat Malaysia berumur 21 hingga 34 tahun itu merupakan antara sembilan kru kapal tunda yang sedang dalam perjalanan balik dari Filipina ke Malaysia.

Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.

“Di dalam kapal tunda itu, terdapat juga lima individu lain masing-masing warga Myanmar dan Indonesia, tetapi mereka kemudian dilepaskan oleh kumpulan bersenjata itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas upacara perbarisan tamat latihan Program Latihan Asas Kepolisan Konstabel Siri 2/2015 di sini pada Sabtu.

Abdul Rashid berkata polis juga sedang menyiasat dan mengumpul maklumat termasuk mengenal pasti lokasi sebenar kejadian itu berlaku.

“Kita jangan terus membuat kesimpulan mengatakan ini kawasan kita, mungkin juga ini berlaku di perairan antarabangsa, tetapi oleh kerana mereka dalam perjalanan nak ke Tawau, maka laporan segera dibuat kepada kita.


“Kawasan perairan Ligitan yang dikatakan berlakunya kejadian itu luas dan ada aset kita (di sana). Jadi kita sedang menyiasat dan menunggu keputusan adakah betul berlaku di perairan kita, ataupun belum masuk ke perairan kita,” katanya.

Abdul Rashid berkata beliau difahamkan kapal tunda dan kru telah dibawa ke Tawau, selain pihaknya turut mengambil keterangan daripada kru berkenaan bagi mendapatkan maklumat mengenai kes tersebut.

Setakat ini, belum ada panggilan diterima daripada penculik bagi permintaan wang tebusan, katanya.

Empat rakyat Malaysia yang bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama ‘Masfive 6’ diculik ketika dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.

Pengurus pentadbiran syarikat perkapalan tersebut membuat laporan polis di Balai Polis Pusat Miri, Sarawak semalam setelah menerima panggilan telefon daripada rakan setugas memaklumkan mengenai penculikan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori