Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

PM Nasihat Peniaga Patuhi...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri mahu semua peniaga di seluruh negara supaya mematuhi...

Tak Salah Golongan Muda...

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO Tan Sri Annuar Musa menyifatkan tidak salah...

KL2017: Malaysia Raih Emas...

KUALA LUMPUR - Skuad silat negara beraksi cemerlang pada hari pertama pertandingan itu...

Brek Punya Pasal, Bas...

LIMA kenderaan rosak akibat dirempuh sebuah bas persiaran yang dipercayai mengalami masalah brek di...

Polis Tumpas Sindiket Penipuan Kad Kredit Palsu

KUALA LUMPUR – Sindiket penipuan kad kredit palsu yang mengupah ‘keldai’ dengan menawarkan pakej percutian ke luar negara untuk membeli barangan berharga, berjaya ditumpaskan.

Sindiket itu dikatakan menyediakan passport, tiket penerbangan dan wang saku kepada anggota baharu atau ‘keldai’ untuk melancong ke negara seperti Perancis, United Kingdom, Turki, Jepun dan Korea, sambil diminta membeli barangan berharga menggunakan kad kredit palsu.

Namun kegiatan sindiket yang mula dikesan sejak November lepas akhirnya ditumpaskan pasukan khas Polis Bukit Aman menerusi Op Helang 2/15 yang berjaya menahan 20 anggota termasuk ketuanya, sejak Sabtu lepas hingga semalam.

Mereka yang ditahan dalam serbuan berasingan di Ipoh dan Lembah Klang itu, terdiri daripada 17 lelaki dan dua wanita tempatan serta seorang lelaki warga Nigeria berusia antara 19 dan 42 tahun.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Penggubahan Wang Haram Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman SAC Khalil Azlan Chik berkata polis turut merampas 2,371 kad kredit membabitkan pelbagai bank tempatan dan antarabangsa yang dipercayai palsu.

“Turut dirampas peralatan memproses kad kredit dan barangan berharga seperti barang kemas, beg tangan berjenama, jam tangan berjenama serta komputer riba yang kesemuanya dianggarkan bernilai lebih RM1 juta,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini hari ini.

Selain itu, katanya, polis turut merampas lapan kereta mewah pelbagai model daripada anggota sindiket berkenaan.


Khalil berkata modus operandi sindiket adalah memasukkan data pemilik kad kredit ke dalam kad kredit palsu untuk diserahkan kepada anggota sindiket atau ‘keldai’ yang baharu.

Katanya ‘keldai’ itu akan diberikan komisyen sebaik menyerahkan barangan berharga kepada ketua sindiket untuk dijual kepada pelanggan di negara ini dengan harga yang lebih murah.

“Sindiket ini menyasarkan pelajar universiti tempatan sebagai mangsa untuk dijadikan keldai dan menggunakan aplikasi Weechat untuk berhubung,” katanya.

Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu telah bergiat aktif sejak lima bulan lepas dengan menjadikan sebuah rumah di Cheras sebagai pusat memproses kad kredit palsu.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, Seksyen 472 Kanun Keseksaan kerana memiliki peralatan untuk melakukan pemalsuan dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori