Kuala Lumpur, Selasa – Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia) bakal melancarkan koleksi setem Sasterawan Negara bermulaa Jumaat ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016.
Para penggumpul serta peminat setem di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu pula boleh mendapatkan koleksi setem ini pada Isnin, 2 Mei 2016.
Koleksi siri setem terbaharu ini mengetengahkan tiga sasterawan negara yang terkemuka iaitu Kamaluddin Muhammad (“Keris Masâ€Â), Usman Awang (“Tongkat Warrantâ€Â) dan Mohammad Abdul Biang (“Arena Watiâ€Â).
“Keluaran koleksi setem kali ini merupakan usaha Pos Malaysia dalam memberi penghormatan kepada sasterawan negara Malaysia atas kecemerlangan mereka dalam menghasilkan karya sastera bertaraf dunia, memupuk minat membaca di kalangan warganegara Malaysia serta memelihara dan mengetengahkan warisan negara melalui koleksi setem sebegini.
“Karya-karya sebegini kebanyakannya ditulis dengan tangan oleh para sasterawan ini, dan sejajar dengan itu, mata pena digunakan sebagai tanda pembatalan bagi mengenang penat lelah mereka dalam menghasilkan karya yang menjadi warisan berzaman. Saya percaya para peminat dan penggumpul setem bakal menambah koleksi mereka dengan siri koleksi pada kali ini ,†kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh.
Lembaran kali ini mempunyai tiga ilustrasi berharga 80 sen setiap satu dan yang menariknya ia dicetak dengan latar belakang perak serta bertinta emas.
Selain itu, lain-lain produk filateli yang dijual adalah Sampul Hari Pertama (FDC) yang disertakan brosur pada harga 55 sen setiap satu, sementara folder dijual pada harga RM6.35 setiap satu. Harga bagi set lengkap siri Sasterawan Negara ini adalah RM57.30 setiap satu.
Orang awam digalakkan untuk membuka Standing Order Deposit Account (SODA) untuk menjadi sebahagian daripada komuniti SODA dengan mendaftar secara atas talian di www.posonline.com.my untuk menikmati pelbagai faedah istimewa sebagai ahli SODA.
Sila layari laman web www.pos.com.my atau lawati terdekat Pos Malaysia Bahagian Galeri Filateli di Tingkat Dua, Ibu Pejabat Pos Malaysia, Kompleks Dayabumi, Kuala Lumpur. Sebagai alternatif, sila hubungi 03-22672267 samb. 2000 atau melalui emel kepada filateli@pos.com.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.-MYNEWSHUB.CC