Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

DSV ‘Mengamuk’, Tandas Lebih...

TERKEJUT dan terkilan...Itu yang dirasai pengasas kosmetik terkenal, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman...

ASTRO Bodoh Boleh Berhenti...

Nak buat satu permohonan kepada ASTRO dan kalau boleh kepada kementerian-kementerian berkenaan seperti...

Anak Hakim Mahkamah Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Darem Hakimi, 27, anak kepada Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri...

Pengunjung Pusat Beli-Belah Teruja...

ALASKA - Seekor rusa Alaska (Moose) betina melahirkan anak di parkir sebuah pusat...

PRN: Aziz Isa DAP Canang Bakal Jadi KM Sarawak?

KUCHING – Baru pertama kali menjadi calon untuk Pilihan Raya Negeri (PRN), Abdul Aziz Isa yang mewakili DAP sudah punya cita-cita tinggi melangit malah melangkaui tokoh-tokoh senior pembangkang lain di bumi kenyalang.

Pada ceramah terbaharu di Pusat Khidmat DAP Kota Sentosa di sini Rabu malam, bekas pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen itu membuat pengumuman tersebut di hadapan kira-kira 300 penyokong partinya.

Entahlah sama ada perkara berkenaan diucapkan main-main atau memang serius, sekiranya menjadi kenyataan anak muda Melayu itu bakal menjadi ketua eksekutif kerajaan negeri paling muda dalam sejarah politik tanah air.

Setakat ini rekod umur tersebut masih lagi dipegang oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Pahang pada 1982 lalu dalam usia ketika itu hanya baharu 29 tahun.

Namun, sesuatu yang pasti, cabaran Abdul Aziz, 26; bukan mudah kerana pengumuman ‘berani’ beliau itu sudah pasti mengejutkan bosnya sendiri, Chieng Jen yang turut bertanding bagi mempertahankan kerusi Kota Sentosa.

Perlu diingat, Abdul Aziz yang bersaing sebagai calon DAP untuk kerusi Batu Kitang (dan turut disertai calon sekutunya sendiri PKR, Voon Shiak Ni akibat pertindihan nama) perlu mendapat sokongan majoriti ADUN lain.

Ini bukan mudah kerana semua maklum, DAP bukan pun mahu menjadi kerajaan Sarawak tetapi sekadar cukup sebagai pembangkang yang kuat dalam persidangan DUN dengan geopolitik realiti negeri masih berpihak BN lagi.

Katakanlah Pakatan Harapan menang kesemua kerusi ditandingi masing-masing 31 calon DAP, 40 calon PKR dan 13 calon PAN, majoriti tetap milik PKR dengan pengerusi negerinya, Baru Bian menjadi Ketua Menteri baharu.

Persoalan cepumas, bolehkah Pakatan Harapan yang bertelagah lebih sedozen kerusi bertindih nama itu menang kesemua kerusi kerana ‘bacaan’ ramai penganalisis politik meramalkan BN boleh menang sehingga 68 kerusi.


Ini setelah dicampur dua kerusi menang tanpa bertanding akibat kegagalan PKR meletakkan wakil di Bukit Sari dan Bukit Kota pada hari penamaan calon Isnin lalu serta melihat senario ada 10 kerusi ‘hitam’ untuk BN kalah.

Hakikatnya, tinjauan Mynewshub mendapati rata-rata penonton yang menyaksikan ucapan Abdul Aziz itu serba salah sama ada hendak tepuk tangan tanda sokongan atau bergelak ketawa terbahak-bahak sambil guling tanah.

Ada juga sindir Abdul Aziz penakut kerana sepatutnya bertanding di kerusi Stakan menentang bapa saudaranya sendiri, Datuk Seri Ali Mahmud dan jika menang tentulah dia dianggap hebat sebagai calon wira giant killer!

Ironi demi melindungi menjadi bahan jenaka dikatakan pengecut, dia cabar pula Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem untuk cuba berpindah dari Tanjung Datu ke Batu Kitang menggantikan calon BN di situ, Lo Khere Chiang.

Alahai nampak sangatlah dia mahu mengalih perhatian akibat malu tidak tahu hendak letak muka di mana dan terpaksa membuat jenaka bodoh konon bakal menjadi ketua menteri baharu Sarawak. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori