Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

10 Tips Menarik Untuk...

SIAPA yang tak teringin bercuti ke seluruh dunia? Kalau hendak melancong, pasti banyak...

Libasan STL Kembali Lagi

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah...

Penganggur Rompak Kedai Guna...

GEORGETOWN - Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan ke atas...

Dollah Kok Lanas Tidak...

KOTA BHARU - Allahyarham Tan Sri Abdullah Ahmad atau lebih dikenali 'Dollah Kok...

PRN: Aziz Tertekan Fakta Ceramah Aibkan Pengerusi DAP Sarawak

KUCHING – Calon Melayu DAP yang bakal bertanding di kerusi Batu Kitang, Abdul Aziz Isa Maridon mungkin nampak gah apabila ceramahnya di Padungan di sini malam Khamis cuba menonjolkan kehebatan dirinya.

Namun, di sebalik cuba mahu memalukan pihak kerajaan Barisan Nasional (BN), tanpa disedari bekas pembantu Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen mengaibkan bos dirinya sendiri yang gagal berkhidmat untuk rakyat.

Ketika ceramah di situ yang ditandingi calon DAP, Wong King Wei, Abdul Aziz Isa mendakwa bertemu seorang wanita yang membawa tiga anak kecil mencari sisa buangan makanan untuk dibawa balik ke rumah mereka.

Dengan menunjukkan gambar dirinya menghulurkan sesuatu ke tangan wanita kaum Orang Ulu itu pada pentas ceramah, dia mendakwa pihak BN gagal membela nasib rakyat miskin di Batu Kitang selama puluhan tahun.

Wanita tersebut malah tidak mempunyai kad pengenalan sekali gus semua anaknya tiada sijil kelahiran yang memaksa anak sulungnya berusia 14 tahun terpaksa bekerja di bandar di samping suaminya buruh pembinaan.

Begitulah hebat putar belit Abdul Aziz tanpa sedar dia memperbodohkan ketuanya kerana Batu Kitang baharu diwujudkan susulan persempadanan semula dan asalnya kerusi Kota Sentosa yang diwakili Chieng Jen sendiri.

Ini bermakna selama menjadi ADUN di situ sejak 2006 lalu, bagaimana Chieng Jin gagal mengesan orang miskin di kawasannya sendiri yang daif tanpa dokumen pengenalan diri untuk dibawa terus kepada pihak berwajib.

Walhal Jabatan Pendaftaran Negara ada unit bas bergerak sanggup pergi ke kawasan pedalaman untuk bantu penduduk tanpa kewarganegaraan itu untuk memiliki kad pengenalan atau sijil kelahiran bagi kanak-kanak.

Juga kenapa Chieng Jen gagal membawa wanita miskin dieksploitasi Abdul Aziz Isa itu kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk dibantu dan didaftarkan sebagai penerima bantuan tetap bulanan skim e-Kasih.

13062375_10153650948891588_633657784977974284_n

Jangan lupa, nasib wanita malang itu boleh dibantu Chieng Jen dengan dimasukkan mengikuti program 1Azam anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat di bawah menterinya, Rohani Karim.

Nampak sangatlah Abdul Aziz Isa jahil tidak tahu banyak saluran boleh diguna untuk menolong golongan susah. Paling lawak dia membangkitkan isu banjir di Jalan Burung Lilin dan Jalan Arang di Batu Kitang selama ini.


Cubaan Abdul Aziz memperlekehkan calon BN, Lo Khere Chiang, seorang jurutera dan Pengerusi Majlis Bandaran Padawan mahu mengatasi masalah banjir kilat di situ menyerlahkan selama ini Chieng Jen gagal berbuat apa-apa.

Jika DAP negeri itu sanggup membina jalan kecil di pedalaman menerusi program Impian Sarawak (itupun jalan tersebut rosak teruk), kenapa tidak bantu menyelesaikan isu bah di kawasan penduduk Melayu di Batu Kitang.

Menyentuh tindakan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem menyekat kemasukan ramai pemimpin pembangkang dari Semenanjung, Abdul Aziz Isa biadap apabila menyamakan kuasa khas itu seumpama komunis.

Beliau terlupa Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, P. Ramasamy dari DAP baru-baru ini jauh lebih celupar menggelar pendakwah antarabangsa Zakir Naik sebagai syaitan yang perlu dihalau keluar balik semula ke India.

Jangan lupa bagaimana kerajaan Pulau Pinang menghalang penceramah terkenal, Datuk Ustaz Kazim Elias menyampaikan ceramah di negeri pentadbiran DAP tersebut dengan tidak mengeluarkan tauliah pendakwah.

Sepatutnya Abdul Aziz Isa bersyukur kerana ia kuasa prerogatif kerajaan Sarawak sejak menyertai Malaysia pada 1963 lalu bagi menghalang anasir tidak sihat yang boleh mengganggu gugat keharmonian masyarakat tempatan.

Mungkinkah dia jenis manusia ceramah ikut suka hati sahaja walaupun gaya ucapannya ala tokoh idola PKR, Anwar Ibrahim tetapi seperti semua tahu, fakta ceramah banduan kes liwat itu pun selama ini juga langsung sifar. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori