Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kadar Rt COVID-19 Di...

PUTRAJAYA - Semua negeri menunjukkan perkembangan baik dengan kadar kebolehjangkitan (Rt) kurang daripada...

Annuar Bidas Tun M...

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa membidas sikap bekas...

Kes Samun: 19 Lelaki...

SELAYANG - Seramai 19 lelaki Geng Emi Keju yang giat dalam kegiatan samun...

Mayat Bayi Perempuan Dibuang...

BAU busuk di perkarangan klinik di Pengkalan Chepa, Kelantan membawa kepada penemuan mayat...

PRN: Celupar Aziz DAP Hina Adenan ‘Bo Hut’ Makan Dirinya

KUCHING – Kata orang cakap siang pandang pandang, cakap malam dengar dengar. Mungkin itulah gambaran anak muda Melayu ini begitu angkuh setelah menjadi calon DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak kali ini.

Bagi sesiapa yang sering mengikuti ceramah kempen Abdul Aziz Isa Maridon, dia memang biadap kerap hina Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sebagai ‘bo hut’ iaitu dialek bahasa Hokkien bermaksud tiada zakar.

Konon, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak itu ditohmah takut ‘bertemu’ dirinya di kerusi Batu Kitang dan memilih kerusi selamat di Tanjung Datu di sebalik kenyataan 75 peratus kaum Cina Sarawak menyokong Adenan.

Abdul Aziz Isa dengan sombong mendakwa parti PBB diterajui Adenan juga rasis berbanding DAP mencalonkan dia di Batu Kitang waima majoriti pengundinya Cina sebagai bukti pembangkang itu konon bukan perkauman.

Hakikatnya, Abdul Aziz Isa terlupa masyarakat Melayu di Sarawak sedar tindakan DAP meletakkan dia di situ bertindih pula sekutunya PKR kerana bimbang akan kalah teruk di kawasan majoriti pengundi bumiputera Islam.

Menurut sumber tempatan, rekod moral Abdul Aziz Isa dalam kalangan umat Islam Sarawak bukanlah baik sejak dia pernah membawa isu kelemahan pengurusan Baitulmal negeri itu yang sebenarnya tidaklah kritikal sangat.

Memang betul siapalah tidak pernah buat dosa semasa muda dan kembali bertaubat apabila insaf. Masalahnya, Abdul Aziz Isa pula kata sumber lagi ibarat alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai terus ke pangkal lengan.

Selain pernah dilabel dengan pelbagai gelaran teruk, imej Abdul Aziz Isa, 26; di mata masyarakat Islam Sarawak juga ‘sifar cemerlang’ kerana dianggap sebagai anak muda lebih berfikiran liberal, celupar dan suka maki hamun.

Anak saudara bekas Ketua Menteri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (kini Yang Dipertua Negeri) ini juga bukan contoh role model dalam arena siasah apabila dikatakan terlalu gelojoh bercita-cita mahu menjadi ketua menteri.


Tidak hairanlah dia terpaksa keluar PBB tetapi akibat ‘dendam’ kepada parti teraju komponen BN Sarawak itu, dia memfitnah PBB dan UMNO konon sebagai rasis hanya parti orang Melayu berbanding DAP yang multiracial.

Itulah modal sering dicanangkan Abdul Aziz Isa setiap kali ceramah atas pentas DAP hingga terlupa bahawa PBB turut disertai kaum pribumi Dayak manakala UMNO juga dianggotai orang Siam dan bumiputera bukan Islam.

Bayangkanlah jika Abdul Aziz Isa bertanding di kerusi Melayu, semua cerita zaman lampau moral busuk dirinya akan didedah lebih teruk oleh BN dan inilah amat ditakuti oleh DAP sendiri kerana dia dianggap anak emas DAP.

Justeru, memang patutlah Abdul Aziz Isa bertanding bukan di kerusi Melayu kerana kaum Cina ‘tegar’ DAP tidak persoal latar belakang amalan agamanya selama ini yang boleh dijadikan bahan menghentam dirinya sendiri.

Setakat ini belum pernah Abdul Aziz Isa menonjolkan dirinya ‘kaki beribadah’ di dalam masjid atau terlibat aktif dengan aktiviti keagamaan umat Islam setempat dan kita pun boleh agak kenapa sebabnya! – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

Baca: Aziz Tertekan Fakta Ceramah Aibkan Pengerusi DAP Sarawak

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori