Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Harga Minyak Statik Sepanjang...

SINGAPURA - Harga minyak naik lebih daripada 20% pada tahun ini tetapi tiada...

Saya Akan Pantau Pembinaan...

SIBU - Menteri Kerja Raya Baru Bian berkata beliau secara peribadi akan memantau...

Sembunyi Maklumat COVID-19, Jejaskan...

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sekali lagi...

Janda Orlando Bloom Kahwin...

BEKAS isteri pelakon Orlando Bloom, supermodel Miranda Kerr, 34, dilaporkan sah bergelar isteri...

PRN: DAP ‘Tipu’ Tun M Dedah Skandal Korupsi Bekas PM

KUCHING – Secara jujur, kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 kali ini bukan sahaja menyaksikan DAP sanggup tikam-menikam sesama Pakatan Harapan, malah lebih dahsyat menikam tokoh sekutu mereka sendiri.

Bayangkanlah, bukan mudah melihat parti berasal dari Semenanjung itu bersifat telus secara terbuka dan paling hebat, tidak tahu ‘cover line’ individu yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini terbukti apabila negarawan terulung, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang sanggup bekerjasama dengan pihak pembangkang mengusahakan Deklarasi Rakyat di Kuala Lumpur baru-baru ini pun jadi bahan kutukan DAP.

Mungkinkah ini dianggap biadap, kurang ajar atau tidak tahu kenang jasa, tindakan DAP mendedahkan skandal korupsi berbilion-bilion ringgit sepanjang 22 tahun pemerintahan Mahathir membuktikan ‘warna’ sebenar DAP.

Menerusi risalah kempen diedarkan kepada orang ramai yang hadir mengikuti ceramah DAP, Mahathir dihina konon pada mulanya mengamalkan Amanah, Bersih, Cekap (ini pun salah sepatutnya Bersih, Cekap, Amanah).

Tetapi kemudian pada kolum sebelah kanan di risalah politik DAP itu dengan jelas menyatakan Mahathir selepas beberapa tahun didakwa mengamalkan skandal penyelewengan di Malaysia yang melebihi berbilion-bilion ringgit.

Flyers DAP Rasuah

Adakah ini budaya ‘samseng’ DAP ketika mana mereka sanggup terima Mahathir menjayakan Deklarasi Rakyat termasuk demonstrasi haram Bantah GST di ibu negara baru-baru ini, pada masa sama DAP menghina Mahathir.


Pengedaran risalah DAP itu jelas menyerlah sifat hipokrit parti tersebut sanggup berbuat apa sahaja termasuk tikam sekutunya sendiri yang bekerja keras menggulingkan Najib dengan dijadikan bahan kempen PRN kali ini.

Adakah DAP jenis tidak tahu malu atau memang pengamal konsep Machiavellian iaitu matlamat boleh sahaja menghalalkan cara waima menjahanamkan individu yang berjasa dalam membantu agenda parti tersebut.

Setakat ini Mahathir belum lagi mengeluarkan sebarang komen mengenai penghinaan biadap DAP ke atas dirinya dan mungkin hanya akan bercakap apabila beliau berkempen di pentas ceramah DAP untuk PRN pada kali ini.

Persoalannya beranikah DAP menjemput Mahathir berceramah dalam program mereka selepas ini atau mungkin Mahathir pun jenis tidak kisah diaibkan maruahnya asalkan cita-cita peribadinya menumbangkan Najib tercapai? – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori