Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Isu Komen Lucah, Wak...

HANYA disebabkan komen berbaur lucah di salah satu gambar Instagram milik Kilafairy, teruk...

Perak Catat 27 Kes...

Ipoh : Sebanyak 27 kes penyakit demam babi Afrika (ASF) direkodkan di negeri...

Kuala Selangor Kembali Ke...

KUALA Selangor kembali memasuki zon kuning apabila empat mukim di daerahnya merekodkan kes...

Peguam Syed Saddiq Cuba...

Pasukan peguam bela Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sedang cuba mengetepikan salah seorang...

PRN Sarawak: BN Menang Tanpa Bertanding Di Bukit Sari

KUCHING – Calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hassan diisytiharkan menang tanpa bertanding untuk kerusi N.82 Bukit Sari selepas tamat tempoh penamaan calon di Lawas dekat sini hari ini.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian Sarawak diiringi oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman ke pusat penamaan calon bertempat di Kompleks Stadium Tertutup Lawas.

Awang Tengah yang mempertahankan kerusi tersebut iaitu N.71 sebelum proses persempadanan semula tahun lalu, dikatakan bakal dicabar oleh calon PKR, Jamail Brahim dan calon Parti Kebangsaan Dayak, Walter Sela.

Pada Pilihan Raya Negeri 2011 lalu, beliau memperoleh 6,018 undi sekali gus menang dengan majoriti 5,063 undi mengalahkan calon PKR, Japar Suyut yang hanya mendapat 955 undi.

Kerusi DUN paling hujung untuk Sarawak yang bersempadan dengan Brunei di sebelah barat dan Sabah di sebelah bahagian timur itu mempunyai 12,418 pengundi berdaftar – Mynewshub.cc/HAA


#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori