Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bayi Lelaki Ditemui Depan...

ALOR SETAR - Seorang pengawal keselamatan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini terkejut...

Najib Dedah Kisah Dana...

Saudara-saudari, ingatkah anda akan poster "Di mana RM2.6b" yang sering ditunjukkan oleh pemimpin-pemimpin...

Seorang Kanak-Kanak Dan Remaja...

KUALA LUMPUR - Banjir di pantai timur mengorbankan dua nyawa semalam melibatkan seorang...

Video: Model Seluar Dalam...

TANGGAL 14 Februari yang merupakan hari memperingati kekasih atau biasa digelar hari Valentine nampaknya...

PRN Sarawak: Manifesto DAP Janji Manis Tagih Undi

KUCHING – Ada kata kitar semula namun ada juga kata syok sendiri, namun pelancaran Manifesto DAP Sarawak oleh Pengerusi DAP negeri, Chong Chieng Jen di sini, hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan menarik.

Untuk rekod, manifesto parti itu sebenarnya sudah disiarkan menerusi laman Facebook rasmi DAP pada Ahad lalu sehari sebelum hari penamaan calon yang menyaksikan pertembungan sesama sendiri pembangkang di 17 kerusi.

Ironi, manifesto DAP hanya dilancarkan secara rasmi pada Selasa, sehari selepas sekutu yang ‘ditikamnya’ sendiri di enam kerusi iaitu PKR melancarkan manifesto; selain musuh ketat bersama mereka Barisan Nasional (BN).

Di sini sudah timbul soalan cepumas, kenapa PKR dan DAP membuat manifesto berasingan dan tidak bersama seperti BN yang disertai banyak parti komponen pelbagai latar belakang? Kata mahu memerintah negeri Sarawak!

Lebih unik manifesto itu dilancarkan di ibu pejabat parti itu oleh Chieng Jen yang juga calon DAP kerusi Kota Sentosa, dan bukannya otai terkenal, Lim Kit Siang atau anaknya sendiri, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Ada mendakwa ia sebagai strategi kerana bimbang dengan amaran Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem bahawa kemenangan pembangkang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) bermakna Sarawak dikuasai parti dari semenanjung.

Manifesto DAP
Manifesto DAP

Maklumlah, semua tahu DAP negeri itu sering mencanangkan slogan aktivis badan tempatan terkenal Sarawak for Sarawakian’s atau Sarawak hanya untuk orang Sarawak konon untuk berpisah daripada Persekutuan Malaysia.

Malangnya DAP terlupa memberitahu rakyat bahawa DAP itu pun sendiri memang datang dari Semenanjung selain sekutunya dalam Pakatan Harapan, PKR dan PAN serta bekas ‘teman’ ketika Pakatan Rakyat dahulu, PAS.

Ini berbeza BN Sarawak yang memang sepenuhnya Sarawak tanpa UMNO yang menjadi tonggak utama BN Pusat di Semenanjung dan Sabah waima Adenan langsung tidak ‘beri muka’ kepada UMNO untuk masuk ke Sarawak.

Berbalik kepada manifesto, kegagalan DAP melancarkan manifesto bersama dengan PKR dan PAN nyata berbeza dengan senario satu manifesto bersama ketika Pakatan Rakyat menempuhi Pilihan Raya Umum 2013 lalu.

Okaylah itu hal remeh kecil untuk diperbesarkan tetapi yang paling lucu sila bacalah sendiri manifesto 10 perkara DAP yang ada antaranya bukan sahaja kelakar tetapi memalukan jika dilaksanakan berpijak nyata di alam realiti.


Paling menjadi bahan jenaka ialah kesediaan DAP memberi tanah adat 20 hingga 30 ekar kepada keluarga petani di luar bandar hanya untuk kekal selamanya bercucuk tanam, sebagai gula-gula memikat pengundi pedalaman.

Manifesto DAP
Manifesto DAP

Untuk rekod, keluasan tanah diberi kepada setiap peneroka Felda dan Felcra pun baharu 10 ekar. Nampak sangat DAP sudah sampai tahap terdesak mahu undi luar bandar yang selama ini memang majoriti penyokong tegar BN.

Juga paling kelakar ialah tawaran pengangkutan bas awam percuma dengan mengambil alih semua operator bas bandar di Sarawak dan menambah bilangan bas kononnya bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas ketika ini.

Untuk makluman, di Pulau Pinang yang dikuasai DAP sendiri, perkhidmatan bas percuma gagal dilaksanakan kerana kos terlalu tinggi dan terpaksa diambil alih RapidKL selain masalah sama di Selangor yang ditadbir PKR.

Juga perkara 7 iaitu ketelusan urus tadbir dengan memperkenalkan Akta Kebebasan Maklumat yang cetus tanda tanya, kerana skandal banglo pemimpinnya sendiri di Pulau Pinang pun menonjolkan wajah sebenar sifat DAP.

Selebihnya, sila baca sendiri dengan hati terbuka serta cuba buat perbandingan dengan apa yang sudah DAP mahu pun PKR telah buat masing-masing di Pulau Pinang dan Selangor sejak mereka mula memerintah pada 2008 lalu.

Bagi penduduk Sarawak yang pernah berkunjung ke dua buah negeri itu, anda tentu dapat lihat bagaimana serabut pemerintahan DAP dan PKR, malah langsung tidak mengikut semua ‘janji manis’ manifesto oleh mereka sendiri. – Mynewshub.cc/HAA

#PRNSARAWAK

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori