KUCHING – Proses penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-11 Sarawak pada Isnin menjadi detik permulaan secara rasmi agenda ‘tikam menikam’ sesama sendiri dalam kalangan DAP, PKR, PAS dan PAN.
Ini belum lagi cabaran sengit daripada calon-calon mewakili parti pembangkang tempatan seperti Parti Nasional Sarawak (DNP) selain individu lain yang sanggup bertanding memeriahkan pesta demokrasi atas tiket bebas.
Jika sebelum ini DAP dilihat hanya sekadar tidak bersetuju dengan agenda Hudud PAS manakala PKR mengkritik pemerintahan DAP di Pulau Pinang, hari ini mereka telah mengisytiharkan ‘perang’ terbuka secara rasmi.
Bayangkan tidak sampai 24 jam Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jien membuat sidang akhbar tergempar mengumumkan sedia menikam sekutu mereka sendiri, hari penamaan calon membuktikan ia bukan main-main.
Parti simbol roket tersebut mengesahkan mereka tergamak nekad berani bertembung di beberapa kawasan yang sebelum itu mengalami tuntutan bertindih sesama sendiri termasuk kerusi baharu dalam PRN Sarawak kali ini.
Berikut adalah senarai kerusi yang menyaksikan calon BN turut ditentang oleh lebih daripada satu calon pembangkang untuk PRN pada kali ini:
N.13 Batu Kitang – PKR vs DAP
N.75 Senadin – DAP vs PKR vs DNP
N.70 Samalaju – PAS vs DAP vs BEBAS
N.67 Jepal – PAS vs PKR vs DNP
N.66 Murum – PKR vs DAP
N.60 Kakus – PAS vs PKR vs DNP
N.49 Ngemah – PKR vs DAP vs DNP
N.32 Simanggang – PKR vs BEBAS vs DAP vs DNP
N.29. Beting Maro – PAS vs PAN
N.27 Sibuyau – PAS vs PAN
N.24 Sadung Jaya – PAS vs PAN
N.23 Bukit Simunja – DAP vs PKR vs BEBAS
N.21 Tebedu – DAP vs PKR
N.19 Mambong – DAP vs PKR vs DNP
N.16 Muara Tuang – PAS vs PAN
N.07 Samariang – PAS vs PAN
N.78 Mulu – PKR vs DAP
Secara atas kertas, ini bermakna:
PKR vs DAP = 9 kerusi
PAS vs PAN = 5 kerusi
PAS vs DAP = 1 kerusi
PAS vs PKR = 2 kerusi
Perbalahan antara Pakatan Harapan yang sudah tiada harapan sepakat ini dijangka menjadi semakin hangat apabila sesi ceramah bermula malam ini yang bakal dipenuhi dengan sesi cemuh-mencemuh sesama sendiri.
Sekiranya ini menjadi kenyataan, matlamat Barisan Nasional untuk memenangi sehingga 70 daripada 82 kerusi dijangka lebih mudah. BN setakat ini sudah menang tanpa bertanding di kerusi Bukit Kota dan Bukit Sari. – Mynewshub.cc/HAA
#PRNSARAWAK