Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Amaran Ribut Petir Di...

KUALA LUMPUR - Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dengan kelajuan 50...

39 Mati, 40 Cedera...

ISTANBUL - Sekurang-kurangnya 39 terbunuh dan 40 yang lain cedera selepas dua lelaki...

5,000 Rumah Mesra Generasi...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 5,000 unit Rumah Mesra Generasi Baharu Felda (RMGBF) akan...

Beri Penalti Real Madrid,...

SELEPAS lebih seminggu berlalu, pengadil dari England masih dihujani kecaman serta ugutan bunuh...

Program Dampingi Masyarakat ‘Armada Pemuda BN Sarawak’ Dilancar

KUCHING – Pemuda Barisan Nasional (BN) Sarawak hari ini melancarkan program ‘Armada Pemuda BN Misi Kemenangan’, program untuk menjelajah ke seluruh pelusuk negeri untuk bertemu pemimpin dan masyarakat setempat.

Ketua Pemuda BN Sarawak Datuk Seri Fadillah Yusof berkata program itu antara lain untuk menyampaikan dasar dan strategi kepimpinan negara yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem.

“Kedua-dua pemimpin tersebut mempunyai dasar dan strategi untuk meletakkan negara kita berada dalam tahap terbaik dari segi ekonomi, sosial dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program itu di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PPB) di sini.

Beliau berkata Pemuda perlu berusaha memastikan Ketua Menteri diberikan kemenangan besar pada pilihan raya negeri akan datang kerana kemenangan besar itu akan beri keyakinan untuk beliau mencurah bakti sepenuhnya untuk negeri.

“Beliau (Adenan) akan membawa suara besar rakyat Sarawak untuk berunding di peringkat persekutuan supaya kuasa-kuasa negeri sepertimana peruntukan undang-undang di serah balik.

“Jika kuasa-kuasa negeri itu diserah balik kepada Sarawak, negeri ini akan dapat ditadbir dengan lebih baik lagi dan seterusnya kebaikan itu akan diterima rakyat,” katanya.


Fadillah berkata program berkenaan juga akan digunakan untuk menjelaskan betapa Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) amat relevan kepada negara sekaligus menolak tohmahan dilemparkan oleh pembangkang mengenai pelaksanaan GST.

“Tanpa GST, negara berdepan cabaran ekonomi dengan harga minyak yang merudum sudah pasti saya kira Malaysia tidak dapat mengharungi cabaran tersebut.

“Sebab itu saya nak tanya pihak pembangkang yang membantah GST ini bila mereka bentang Bajet Alternatif pada tahun lepas mereka tidak pun menghapuskan GST,” tegasnya dan menurutnya tindakan pembangkang itu jelas menggambarkan mereka juga bersetuju dan mengiktiraf pelaksanaan GST.

Program Armada Pemuda BN yang akan diketuai Fadillah dan disertai barisan Exco Pemuda negeri akan menjelajah di setiap zon iaitu Kuching, Samarahan, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Kanowit, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan Lawas. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori