Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Lelaki Tabur Paku Tiada...

IPOH – Polis menafikan dakwaan mengatakan lelaki yang ditahan kerana menabur paku di...

Wanita Mati Dikelar Suami...

JOHOR BAHRU - Seorang wanita mati dikelar suaminya yang dipercayai terdengar bisikan halus...

Penggunaan Plastik Ancam Makanan...

KUALA LUMPUR - Memandangkan Malaysia adalah negara pengguna makanan laut terbesar di Asia...

Rakyat Malaysia Tidak Boleh...

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum tidak boleh mempunyai...

Projek Plaza Rakyat Dijangka Dibangunkan Jun 2017 – Loga

KUALA LUMPUR – Projek Plaza Rakyat yang terbengkalai sejak 1997 dijangka mula dibangunkan pada Jun tahun depan, kata Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan.

Namun Loga berkata pihaknya harus menyelesaikan urusan tuntutan kepada semua pendeposit projek itu terlebih dahulu sebelum dapat membangunkan plaza berkenaan.

“Kita telah membuat iklan mengenai pemberian semula wang kepada pendeposit pada 15 April lepas dan mereka mempunyai masa sehingga 7 Mei ini. Selepas itu, baru kita boleh buat tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Projek Plaza Rakyat terbengkalai kira-kira 20 tahun disebabkan kemelesetan ekonomi negara berikutan krisis kewangan Asia 1997/1998 serta masalah kewangan yang dihadapi Plaza Rakyat Sdn Bhd (PRSB).

Susulan itu, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Syarikat Profit Consortium Sdn Bhd dilantik untuk membangunkan semula Plaza Rakyat dan memeterai perjanjian jual beli dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada 30 Okt tahun lepas.


Loga berkata waris yang mewakili pendeposit yang telah meninggal dunia juga boleh tampil membuat tuntutan dengan syarat membawa Surat Perjanjian Jual Beli lot projek tersebut.

Beliau berkata pendeposit turut bebas memilih sama ada untuk mendapatkan tuntutan atau memiliki lot yang akan dibangunkan semula oleh pemaju baharu.

Sebelum ini dilaporkan, seramai 211 pendeposit projek itu boleh mendapat semula wang masing-masing selepas menyelesaikan urusan dengan peguam yang dilantik. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori