PEWARIS ketiga kerabat diraja Britain, Putera George Alexander Louis kelihatan sangat comel dalam setem yang memaparkan wajah moyangnya, Ratu Elizabeth II; nendanya, Putera Charles dan ayahandanya, Putera William.
Putera George kelihatan sangat adorable berdiri di atas sebuah kotak yang didirikan daripada beberapa buah buku sambil sebelah tangannya memegang bapanya untuk keseimbangan badan.
Foto itu diambil sempena ulang tahun ke-90 Ratu Elizabeth II untuk diabadikan dalam bentuk setem.
Tengoklah aksi si comel yang mendapat perhatian peminatnya dari seluruh dunia. – MYNEWSHUB.CC