Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Aliff Dah Mengaku Salah,...

UMUM sudah tahu pelakon baharu Afifah Nasir terpalit kontroversi berpegangan tangan dan keluar...

Stor Rumah Anak Yatim...

KUALA LUMPUR : Stor barang di Rumah Anak Yatim Mary di Taman Air...

Raja Ilya Malas Layan...

SEPERTI yang telah diketahui ramai, pelakon Raja Ilya pernah mengesahkan bahawa dia telah...

AS Pindah Kedutaan Ke...

WASHINGTON - Pentadbiran Presiden Donald Trump merancang untuk memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat (AS)...

Rafizi Ditahan Polis Kerana Dedah Maklumat OSA

KUALA LUMPUR - Naib Presiden dan juga Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli, dilaporkan ditahan polis lewat petang Selasa sejurus keluar dari menghadiri sidang Parlimen.

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil, mengesahkan perkara tersebut melalui status terbaharu yang dimuat naik ke akaun laman Facebook rasmi milik PKR.

Sementara itu Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, turut membuat  pengesahan mengenai penahanan Ahli Parlimen Pandan itu melalui akaun Twitternya pada Selasa.

Dalam status terkini yang dimuat naik itu, kata Khalid, Rafizi ditahan anggota polis di luar bangunan Parlimen dan akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Bernama pada Isnin melaporkan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Rafizi berhubung dakwaan yang dibuat ahli politik itu terhadap LTAT.

Pengerusinya, Laksamana (B) Tan Sri Mohd. Anwar Mohd. Nor berkata: “Jelas sama sekali bahawa tuntutan yang dibuat oleh Rafizi adalah fitnah semata-mata dan berniat jahat.

“Ia bertujuan memusnahkan reputasi baik dan kredibiliti LTAT.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori