Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Bapa Patah Kaki, Tiga...

MELAKA : Tiga sekeluarga nyaris maut selepas dihempap pokok tumbang di Zoo Melaka...

Generasi Kedua Felda Terima...

KOTA TINGGI - Sebanyak 360 surat tawaran perumahan untuk generasi kedua Felda Sungai...

Tindakan Tegas Individu Miliki,...

IPOH - Polis akan ​​​mengambil tindakan tegas terhadap individu yang didapati memiliki, menyimpan,...

Perbezaan Pendapat Boleh Asalkan...

SHAH ALAM - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan perbezaan pendapat...

Rafizi Mengaku Dia Sendiri Minta Polis Gari Tangannya

KUALA LUMPUR – Pakar propaganda pembangkang, Rafizi Ramli mengaku tindakannya meletakkan tangan ke belakang sewaktu diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Rabu lalu menyebabkan beliau kelihatan seolah-olah sedang digari pihak polis.

Rafizi yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) turut mengaku beliau ada meminta pihak polis menggari tangannya tetapi pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) tidak memenuhi permintaannya.

Beliau memberi alasan membuat permintaan digari bukan untuk berlakon dan mendapatkan simpati orang ramai tetapi kononnnya untuk mengelakkan pegawai dan anggota polis yang mengiringinya dikecam UMNO dan pegawai tertinggi polis kerana tidak menggarinya.

“Saya memberi pendapat adalah lebih baik saya digari untuk mengelakkan pegawai-pegawai polis yang mengendalikan saya dikecam. Peguam saya pula memaklumkan bahawa oleh kerana keputusan menggari itu adalah budi bicara pegawai polis yang bertugas, beliau mengesyorkan supaya saya tidak digari.

“Akhirnya kami bersetuju bahawa saya meletakkan tangan di belakang tanpa digari mengikut arahan yang diberikan pegawai-pegawai yang dipertanggungjawabkan mengendalikan saya,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

lapiji2

Pemimpin pembangkang itu dikecam teruk oleh masyarakat kerana seolah-olah berlakon dan berbohong untuk menagih simpati dengan meletakkan kedua-dua belah tangan di belakang seperti digari ketika diiringi polis di Mahkamah Putrajaya pada 6 April lalu.


Bagaimanapun, pengakuan terbuka berhubung isu itu secara tidak langsung menjawab segala tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh penyokong Pakatan Harapan kononnya polis memberi layanan buruk ke atas Rafizi.

Pengakuan bertulis Rafizi itu juga secara tidak langsung memberi tamparan hebat kepada penyokongnya yang enggan mempercayai gambar yang mendedahkan Rafizi sebenarnya tidak bergari sewaktu dibawa ke mahkamah.

Semalam, Ahli Parlimen Pandan itu menghadapi tiga pertuduhan di dua buah mahkamah berbeza membabitkan dakwaan beliau berhubung Lembaga Tabung Angkatan Tentera dan tohmahan fitnah terhadap Tabung Haji.

Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan dalam pada itu mengaku beliau dilayan secara professional dan berhemah sewaktu di lokap serta bilik soal siasat sehingga ke lokap mahkamah dan Lokap Bersepadu Jinjang.

“Saya yakin saya tidak perlu berlakon untuk meraih simpati rakyat kerana sebahagian besar rakyat adalah bersama-sama saya,” dakwanya lagi. – Mynewshub.cc

Baca: Drama Rafizi Konon Bergari Jadi Bahan Lawak Netizen

Juga: Malu ‘Kantoi’ Berlakon Digari, Rafizi Ancam Saman KPN

Lagi: Penahanan Rafizi Ikut Landas Undang-Undang Dan SOP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori