Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Ketua BERSATU Teluk Intan...

TELUK INTAN - Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Teluk Intan dihadapkan...

Polis Tahan Lelaki Miliki...

SUBANG JAYA - Lelaki tempatan berusia 40 tahun yang memiliki sepucuk pistol ditahan...

Tergamak Pukul Anak, Isteri...

JAKARTA - Marah kerana dikejutkan dari tidur, seorang lelaki memukul kepala dua anak...

Presiden MTUC Khalid Atan...

PETALING JAYA - Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Khalid Atan meninggal dunia...

Rakyat Malaysia Ditahan Bersama 520kg Ganja Di Danok

SONGKLA – Seorang rakyat Malaysia ditahan bersama-sama 520 kilogram ganja yang disembunyikan dalam perabot yang dimuatkan di dalam trak yang dipandunya di pusat pemeriksaan Imigresen Danok, Sadao hari ini.

Ketua Tentera Infantri Ke-5, Kolonel Paisan Nusang berkata lelaki itu mendakwa dia dibayar upah RM1,000 untuk membawa dadah terbabit ke Kuala Lumpur.

“Hasil pemeriksaan terhadap trak terbabit, pihak berkuasa menemui 520kg dadah itu dalam 29 bungkusan dianggarkan bernilai 15.6 juta Baht (RM150,000),” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya lelaki itu mendakwa dia diupah oleh pengedar dadah Malaysia untuk mengambil dadah berkenaan dari Hatyai dan menyeludupnya masuk ke Malaysia untuk dihantar ke Kuala Lumpur.

Lelaki itu akan dihadapkan ke Mahkamah Songkhla tidak lama lagi.


Paisan berkata pihak berkuasa Thailand akan meneruskan siasatan mereka bagi mengenal pasti sindiket dadah yang bertanggungjawab dalam kes penyeludupan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori