Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PBNS Puas Hati Percaturan...

SEREMBAN - Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) berpuas hati dengan percaturan pemain...

ARP Mampu Lahir Generasi...

REMBAU - Program Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda adalah program yang mampu...

Rancangan Tempatan Daerah Langkawi...

LANGKAWI - Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan (MPLBP) perlu mempercepatkan lagi proses penggantian...

Najib Nekad Jumpa Anak...

SHAH ALAM - Keperitan hidup pencuci kereta jalanan yang tular di media sosial...

Gajah Jantan Liar Di Besut Berjaya Dipindah

BESUT – Dua ekor gajah denak – Rambai dan Abot terpaksa dijadikan umpan bagi menjinakkan seekor gajah jantan liar sebelum haiwan itu dipindahkan ke Taman Negara Sungai Deka, Tasik Kenyir, Hulu Terengganu.

Kedua-dua gajah denak betina berusia 18 tahun itu, yang dibawa khas dari Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Temerloh, berjaya membantu Unit Gajah PKGK dalam operasi pemindahan gajah jantan liar itu dalam tempoh sejam setengah, di sini hari ini.

Rambai dan Abot menjinakkan gajah jantan seberat dua tan itu dengan aksi tersendiri, sebelum haiwan liar tersebut berjaya dinaikkan ke atas lori khas dari kawasan hutan Kampung Kelekok, Seberang La, Hulu Besut.

Operasi yang diketuai Ketua Unit Gajah PKGK Nasharuddin Othman itu, melibatkan 25 renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu dan PKGK.

Gajah jantan liar berusia kira-kira 15 tahun itu dikesan memusnahkan kebun pisang dan kelapa sawit di Kampung Sungai Lah, Lata Tembakah sebulan lepas, sebelum mengganggu perkampungan Orang Asli di Kampung Sungai Sayap, Keruak, Hulu Besut, dua minggu lepas.

Gajah liar itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya dan berjaya ditangkap pada 28 Mac lepas dan ditempatkan di Kampung Kelekok, di sini.


Nasharuddin berkata pemindahan gajah jantan liar itu adalah kesembilan dilakukan pihaknya di seluruh negara sejak awal tahun ini.

Sebelum ini, beliau berkata operasi pemindahan itu melibatkan enam gajah liar di Negeri Sembilan dan dua ekor di Perak, bulan lepas.

Mengenai operasi pemindahan hari ini, beliau berkata usaha menangkap haiwan tersebut dijalankan sejak 29 Feb lepas, namun menghadapi kesukaran kerana gajah liar itu sering berpindah dan pihaknya terpaksa membuat pemantauan dalam tempoh yang lama.

“Gajah jantan liar itu adalah seekor daripada tiga ekor yang dikesan masih bebas di Terengganu,” kata Nasharuddin. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • gajah

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori