Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Panik Babi Hutan ‘Gila...

SINGAPURA - Satu rakaman video yang menunjukkan seekor babi hutan seolah-olah 'gila babi'...

Madpet Gesa Dua Pemimpin...

Pertubuhan Rakyat Malaysia Menentang Hukuman Mati dan Penyeksaan (Madpet) menggesa dua anggota Suruhanjaya...

Ranil Wickremesinghe Dilantik Pemangku...

COLOMBO – Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe dilantik sebagai pemangku presiden selepas...

Muhammad Adib: UMNO Ucap...

SEREMBAN - UMNO hari ini mengucapkan takziah kepada keluarga pegawai bomba Muhammad Adib...

Rancangan Dalamkan Sungai Pahang September Ini

KUANTAN – Rancangan mendalamkan Sungai Pahang dijangka bermula pada September ini dan bakal disiapkan dalam tempoh dua tahun, kata Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Datuk Seri Muhammad Safian Ismail.

Beliau berkata kerajaan negeri masih menunggu kelulusan daripada Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar selepas menyerahkan kertas kerja rancangan itu pada tahun lalu.

“Rancangan mendalamkan sungai tetap akan dijalankan dan buat masa ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Badan Kawal Selia Air Pahang meninjau situasi semasa sungai berkenaan,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Muhammad Safian juga menafikan dakwaan paras Sungai Pahang kritikal akibat pembalakan, sebaliknya menambah kejadian itu adalah disebabkan fenomena El-Nino yang sedang melanda negara.


“Laporan daripada JPS menyatakan keadaan Sungai Pahang adalah disebabkan kemarau dan kawasan yang tiada pembalakan juga mengalami masalah sama,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori