SEBUAH Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing, Beijing, China sedang dalam pembinaan akan memiliki tujuh laluan dan mampu menampung seramai 100 juta pengunjung setahun apabila siap dibina nanti.
Ia meliputi keluasan sebanyak 2,680 hektar, jelas perekanya iaitu Zaha Hadid, berbangsa kacukan Inggeris dan Iraq yang bertanggung jawab atas rekaan lapangan terbang itu.
Menurut sebuah portal dari China, pereka itu kemungkinan boleh dimaafkan kerana tidak menyedari bahawa rekaan tersebut menyerupai bahagian sulit wanita.
Gambar itu dikongsi melalui aplikasi Weibo oleh ‘Big V’ Yang Jinlin yang mempunyai hampir 4 juta pengikut di laman sosial tersebut, dan disedari oleh portal The Nanfang.
Jinlin pada gambar itu menulis kapsyen: “Berikut adalah pandangan atas rekaan terbaru lapangan terbang Beijing. Adakah anda tahu siapa perekanya?”
Rata-rata pengguna laman sosial Weibo mengutuk dan menuduh Zaha Hadid mempunyai fikiran yang ‘kotor’. Namun ada juga berpendapat bahawa pokok-pokok di luar lapangan terbang itu lebih mirip kepada vagina berbanding rekaan itu.
Sekiranya anda mempunyai kesukaran untuk melihat apa yang dimaksudkan sebagai vagina itu, seorang daripada netizen itu melakar gambar rajah seperti berikut;
Kejadian itu mengingatkan tentang pembinaan unik bangunan People’s Daily di Beijing yang menyerupai bentuk zakar semasa dalam proses pembinaannya. Namun diubah rekaannya pada saat-saat akhir.
Pembinaan lapangan terbang itu dijangka siap pada tahun 2019, pereka tersebut masih mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat perubahan sebelum sampai ke perhatian Presiden Xi. – MYNEWSHUB.CC