SEORANG remaja perempuan cedera parah di bahagian kaki setelah diterkam dan dibaham  harimau Siberia selepas mengganggu harimau tersebut di sebuah zoo yang terletak di Kota Barnaul, Russia.
Elzaveta Kutkina, 13, bergelut bersama harimau tersebut selama lebih kurang 40 minit dan remaja itu dilaporkan menjerit meminta tolong sambil menendang dan memukul kandang harimau tersebut.
Harimau yang diganggu oleh remaja itu pada mulanya menerkam dan kemudian mengheret Elizaveta ke dalam kandang sebelum mula membahamnya.
“Ia merupakan harimau dewasa berusia 9 tahun dan merupakan haiwan yang sangat agresif kerana ia adalah seekor predator,” kata Sergey Pisarev, penjaga zoo berkenaan.
Setelah bergelut selama 40 minit bersama harimau tersebut, akhirnya Elizaveta berjaya menyelamatkan diri kerana harimau itu tidak dapat membaham keseluruhan tubuhnya melainkan hanya membaham kakinya kerana terhalang dengan pagar besi kandang tersebut.
Pengunjung yang berada di situ hanya menyaksikan pergelutan tersebut dan tidak dapat memberikan apa-apa bantuan kepadanya Elizaveta kerana dikhuatiri akan diserang oleh harimau tersebut.
Elizaveta walau bagaimanapun dilaporkan mengalami kecederaan yang parah di kakinya dan terpaksa menjalani pembedahan supaya kakinya boleh diselamatkan. – MYNEWSHUB.CC