SIKAP jujur seorang remaja membawa tuah kepada dirinya apabila bertindak memulangkan semula dompet pelakon filem Thor iaitu Chris Hemsworth.
Ibarat tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Begitulah nasib seorang remaja Tristin Budzyn-Baker, 17 apabila menerima ganjaran sebanyak AS$10,000.
“Kita jumpa dompet Thor.â€Â
Itulah yang diucapkan oleh remaja berusia 17 tahun itu kepada ibunya ketika menjumpai dompet bintang Hollywood Chris Hemsworth di sebuah restoran di Los Angeles.
Kisah penemuan dompet itu dikongsikan oleh Tristin ketika menghadiri rancangan bual bicara terkenal The Ellen Show yang turut dihadiri oleh pelakon filem Thor itu sendiri Chris Hemsworth.
Menurut Hemsworth dalam program temu bual itu, dia tertinggal dompet tersebut di meja makan sebuah restoran di Los Angeles dan beranggapan bahawa tidak mungkin dompetnya itu boleh didapati semula.
Selepas dompet tersebut dijumpai, Tristin menulis surat kepada pihak pengurusan Hemsworth untuk memberitahu perkara tersebut.
Sebagai hadiah, pihak pengurusan Hemsworth menjemputnya untuk hadir ke rancangan bual bicara kendalian Ellen DeGeneres bersama-sama dengan pelakon adiwira Thor itu sebagai tetamu.
Ketika ditemubual, Ellen mengumumkan hadiah AS$10,000 (RM39,000) kepada remaja berkenaan atas kejujurannya.
“Kamu orang muda yang hebat, dan terima kasih kerana menjadi seorang yang jujur,†ujar Ellen selepas menyampaikan hadiah.
Pada awal Mac lalu, viral di laman media sosial tempatan apabila karya Jason Lim yang diberi judul Greed menjadi bualan hangat netizen tempatan.
Greed memaparkan tindak tanduk atau respon masyarakt sekeliling terhadap sejumlah wang yang tercicir daripada kocek seorang remaja.
Aksi masyarakat di sekitar kejadian itu dirakam bagi memperolehi reaksi atau rupa sebenar orang kita terhadap wang yang sengaja dicicirkan itu.
Greed adalah eksperimentasi yang dibuat oleh pengarah untuk menguji sikap jujur yang ada dalam diri setiap manusia. Banyak pengajaran yang boleh diperolehi melalui video berkenaan. -MYNEWSHUB.CC