Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Ferrari Rempuh Toyota Camry

MUAR- Sebuah supercar jenis Ferrari terlibat kemalangan selepas pemandunya gagal mengawal kenderaan itu...

Khidmat Sukarela Penawar Tekanan...

KUALA LUMPUR - Beberapa tahun yang lepas, satu impian saya terlaksana dengan lahirnya...

Pementasan Kenang 25 Tahun...

GENAP 25 tahun Malaysia kehilangan mutiara seni tanah air, Allahyarham Datuk Sudirman Haji...

Hakim K Muniandy Dengar...

KUALA LUMPUR : Hakim Mahkamah Tinggi, K Muniandy, menggantikan Hakim, Mohamed Zaini Mazlan,...

Rujuk Ilmuan Bukan ‘Ustaz Internet’ Jika Ada Kemusykilan

MELAKA – Orang ramai terutamanya generasi muda digesa merujuk ilmuan dan cendekiawan sekiranya mempunyai kemusykilan mengenai agama Islam dan bukan ‘membuta-tuli’ merujuk di internet serta media sosial.

Penolong Pegawai Penyelidik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Akhrun Musa berkata tindakan merujuk kepada ‘ustaz Internet’ tanpa usul periksa itu dikhuatiri menyebabkan orang ramai terdedah kepada perkara bertentangan dengan akidah Islam serta ancaman liberalisme dan pluralisme.

Beliau berkata dalam perkembangan pesat teknologi maklumat sekarang orang ramai perlu bijak memilih sumber yang sahih di internet bagi dijadikan sumber rujukan seperti laman sesawang JAKIM sendiri di www.islam.gov.my.

“Mengenalpasti sumber itu sahih bukan dilihat berapa banyak sumber itu dapat ‘like‘ dalam media sosial atau berapa banyak ‘page views‘ laman sesawang itu.

“Tetapi sumber itu daripada ilmuan diiktiraf bukan sahaja orang ramai tetapi ilmuan lain dan juga pihak mempunyai authority,” katanya di sini hari ini.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk ‘Islam Liberal dan Pluralisme Agama: Penentangannya Dengan Akidah dan Syariat Islam‘ sempena program Wacana Intelektual Akidah Menurut Pendekatan Wasatiyyah di Masjid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.


Akhrun berkata dalam Islam semua pihak perlu menginsafi keterbatasan ilmu yang dimiliki mereka dan bukan membuat sesuatu di luar ilmu dimiliki mereka atas nama kebebasan dalam agama Islam.

Beliau berkata perbuatan seperti menyebar informasi yang tidak dipastikan kesahihannya, terutama mengenai agama Islam, dalam Internet dan media sosial seperti WhatsApp dan Facebook tidak sepatutnya dilakukan.

“Mengapa perlu kita viralkan sesuatu yang kita tidak pasti kesahihannya… ini tidak beri faedah kepada orang ramai, lebih teruk jika apa disebarkan itu mengandungi unsur bertentangan dengan akidah Islam,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori