KOTA KINABALU – Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menganugerahkan pingat Jaksa Pendamai (JP) Sabah kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr. Salleh Said Keruak hari ini.
Salleh juga merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri Usukan menerima penganugerahan itu pada satu majlis khas di Istana Negeri di sini.
JP ialah satu daripada Darjah Kehormat yang dianugerahkan oleh Raja-Raja atau Ketua Kerajaan Negeri. – BERNAMA