Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Hotel Keio Plaza Tama...

TOKYO - The Keio Plaza Hotel Co., Ltd., salah satu daripada syarikat hotel...

Drama Silap Fakta, Pengarah...

BARU-BARU ini, drama rantaian arahan Shahrulezad Mohameddin berjudul Monalisa teruk dikritik malah dihentam...

Tindakan PH Beri Kad...

PONTIAN - Selepas mempertikaikan pengumuman peruntukan dan elaun kepada kepada nelayan, Barisan Nasional...

Jangan Undi Kerana Marah...

PONTIAN - Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan pengundi pilihan...

Saya Berubah Bukan Sebab Nak Tunjuk Baik – Nabil

SEJAK pulang dari menunaikan haji tahun lalu, pengacara dan pelawak Nabil Ahmad mengakui ada mulut-mulut yang bercakap mempertikaikan mengenai dirinya yang tidak banyak berubah.

Menurut hos program Meletop ini, dia hendak berubah di atas kehendaknya sendiri, jauh sekali mahu menunjuk baik seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.

“Saya berubah atas kehendak saya sendiri. Bukan nak tunjuk baik jauh sekali takut orang mengata saya bukan suami dan bapa yang baik untuk keluarga. Tapi semuanya berlaku kerana tanggungjawab semakin berat di bahu.

“Secara berdikit-dikit, saya memenuhi kekurangan dalam diri. Saya belajar ilmu agama. Saya berubah kerana mahu sesuatu yang boleh dijadikan contoh buat anak-anak saya kelak. Mereka adalah hala tuju saya yang baharu. Perubahan yang positif, itu yang saya inginkan,” katanya memetik laporan sebuah akhbar harian.

Dalam usahanya untuk perlahan-perlahan berubah ke arah yang lebih baik, Nabil bersedia menolak mana-mana tawaran lakonan yang tidak lagi selari dengan prinsipnya enggan memegang bukan mahram.


Sementara itu dalam perkembangan seninya, Nabil bakal bergandingan dengan Sherry Al-Hadad sebagai pengacara teater muzikal Lawak Ke Der yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 5 hingga 8 Mei ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori