PENGASAS kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida telah pun tampil menjelaskan bahawa terdapat satu akaun Facebook palsu yang menggunakan namanya.
BACA: Sibuk Nak Beg LV Free, Ramai Jadi ‘Mangsa’ FB Palsu Datuk Vida
Ini berikutan, akaun Facebook palsu yang menggunakan nama DSV – Dato’ Seri Vida itu, telah menipu lebih 200,000 netizen ‘hidup-hidup’ dengan mendakwa kononnya jutawan wanita itu mahu memberi beg jenama mewah, Louis Vuitton secara percuma.
Gara-gara kejadian itu, siapa sangka Datuk Vida benar-benar bermurah hati dan bersetuju ingin menghadiahkan beg Loius Vuitton tersebut.
Apa yang menariknya, bukan satu sahaja koleksi beg yang akan diberi tetapi beberapa buah.
Perkara itu diumumkan Datuk Vida sendiri menerusi video di laman Instagramnya baru-baru ini.