Monday, January 20, 2025

Creating liberating content

TPM Kunjungi Yang Dipertua...

KUCHING - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini...

M’sia Harapkan Penilaian Adil...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengharapkan penilaian adil oleh agensi penarafan antarabangsa berikutan asas...

PKR Dakwa Daim Yang...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mendakwa bekas...

Pelan Antirasuah Nasional Mungkin...

PUTRAJAYA – Beberapa inisiatif disasarkan berkemungkinan besar akan melewati tempoh disiapkan tahun 2023...

Semakin Melampau.. Atheist Cabar Tuhan Di Tanah Suci!

LAMAN Facebook ‘Kiub Batu Itu Berhala’ semakin lama semakin melampau.

Sejak group Facebook ini ditubuhkan beberapa tahun, ahlinya tidak henti-henti mengatur langkah dengan melakukan pelbagai cubaan murtad, bahkan menghina bertubi-tubi apa sahaja berkaitan agama Islam.

Terbaharu menerusi sumber yang kami terima, seorang ahli group Facebook itu, Dawkins Al Haq yang merupakan seorang atheist telah membuat onar mencabuli kesucian agama Islam dengan bertindak memasuki kota Makkah seolah-olah mahu mencabar Allah SWT.

“Betul ke muslim kata orang kafir tidak boleh masuk tanah haram start dari pintu gerbang bentuk rehal quran dari Jeddah,” tulisnya.

660b2183-8748-43ae-97d9-1df55a0442152a22a1e9-8651-4759-b98f-6c094b38c92d

Lebih biadap, individu itu turut memuat naik beberapa gambar potongan ayat berbunyi, ‘proud to be Atheist’ iaitu bermaksud ‘bangga menjadi Atheist’ dan Republik Atheist dengan berlatar belakangkan pemandangan Masjidil Haram.


Malah, status yang dimuat naik lelaki itu jelas menampak dirinya mengetahui tentang larangan orang kafir dalam memasuki kota Mekkah yang tercatat dalam Al-Quran menerusi surah At-Taubah ayat 28 yang berbunyi;

‘Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu najis, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini (iaitu tahun penaklukan kota Mekkah)’.

Meskipun, dia adalah Atheist iaitu golongan yang menolak agama, tetapi mencemar agama Islam dan mencabar kekuasaan Tuhan Yang Esa seperti apa yang dilakukan di Tanah Suci merupakan satu penghinaan kepada umat Islam.

Semoga pihak berkuasa yang berkaitan segera menyiasat kes ini agar individu terbabit dibawa ke muka pengadilan. – MYNEWSHUB.CC

1 komen

  1. Semoga Allah buka pintu hati dia dan berpaut kepada ajaran islam….
    Untuk menentang mesti mahu tahu sapa yang ditentang, InsyaAllah dalam dia ambil tahu diam2 timbul rasa suka.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori