Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Ramai Terkejut Abang Kacak...

SIAPA sangka, dalam situasi peningkatan kos sara hidup zaman kini, masih ada lagi...

Polis Rampas Pistol &...

KOTA BHARU - Polis Kelantan merampas sepucuk pistol jenis Smith & Wesson bersama...

Aznil Hadiahkan Emas Kedua...

GOLD COAST – Atlet angkat berat negara, Muhamad Aznil Bidin meraih pingat emas...

20 Individu Protes Mahu...

MENDAKWA portal Malaysiakini banyak memutar belit berita, memecah belahkan rakyat Malaysia dan mengelirukan orang muda,...

Seorang Buruh Diberkas, 14.5kg Heroin RM280,000 Dirampas

IPOH – Polis Perak merampas 14.5 kilogram heroin bernilai RM280,000 susulan penahanan seorang buruh di tempat letak kereta di Hentian Sebelah Taiping Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, Jumaat lepas.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Perak Supt Abdul Latiff Mehat berkata lelaki berumur lingkungan 40-an itu ditahan sepasukan pegawai dan anggota JSJN Perak dan daerah Taiping ketika berada dalam kereta Proton Saga kira-kira pukul 12.40 tengah hari.

“Hasil pemeriksaan di dalam kenderaan itu, polis menemui satu beg berwarna hitam berisi 10 peket besar plastik lutsinar disyaki heroin anggaran berat 4,510 gram bernilai RM90,000,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, hari ini.

Beliau berkata suspek yang berasal dari Perak itu memiliki lapan rekod jenayah lampau berkaitan dadah dan jenayah.

Katanya suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai Jumaat lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabitkan kesalahan boleh dijatuhkan hukuman mati mandatori.

Beliau berkata bertindak atas aduan orang awam, pada keesokannya polis menyerbu sebuah pondok di kawasan estate, Simpang dekat Taiping dan menemui 20 bungkus heroin anggaran berat 10 kilogram bernilai RM190,000 kira-kira pukul 11 malam.


“Polis turut merampas peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses dadah iaitu timbang, alat penapis, generator, alat penyukat warna, baldi, besen, tong gas, tong dram, dapur gas, kuali, selain tiga buah motosikal,” katanya sambil menambah tiada tangkapan dibuat.

Beliau berkata serbuan terbabit dipercayai mempunyai kaitan dengan suspek yang ditahan, namun polis masih menjalankan siasatan lanjut.

Abdul Latiff berkata heroin yang dirampas itu boleh dibekalkan kepada kira-kira 12,000 penagih di sekitar Perak.

Menurutnya kes terbabit adalah yang terbesar di Perak setakat tahun ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori