Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

PRU14: SPR Pahang Terima...

KUANTAN - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang hari ini, menerima watikah pembubaran Dewan...

“Rundingan Terus Bukan Saya...

PETALING JAYA - “Bukan saya yang tandatangan, anda tahukah berapa ramai kakitangan di...

Bukan Rombongan Pinang, Hanya...

SELEPAS lama menyepi, tiba-tiba naik pula kontroversi kononnya keluarga penyanyi Shahir Zawawi telah...

Bungkus Kereta Apabila Berlaku...

Seperti yang diketahui, bencana banjir mampu merosakkan harta benda seperti rumah, perabot dan...

Seorang Lagi Bayi Dibuang Di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Bayi perempuan yang masih bertali pusat ditemui di hadapan sebuah premis membuat besi di Lorong Perak di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada pukul 8.10 pagi yang memaklum menjumpai bayi berkenaan.

“Bayi itu masih bertali pusat dan hanya dibaluti kain tuala dan baju T.Bayi seberat 2.1 kilogram dan berkulit cerah itu kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP),” katanya.

Mior Faridalatrash berkata pihak polis akan mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Lorong Perak bagi mengenal pasti individu yang membuang bayi berkenaan.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi pihak polis.


Semalam seorang bayi perempuan yang juga masih bertali pusat turut ditemui berbalut dengan baju sejuk di hadapan sebuah rumah di Kampung Masjid, Teluk Kumbar dekat sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Barat Daya, DSP Siti Norsalawati Saad berkata bayi tersebut masih ditempatkan di HPP. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori